Pergi ke kandungan

Hulu jata

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Versi boleh cetak tidak lagi disokong dan mungkin ada ralat persembahan. Sila kemas kini tanda buku pelayar anda dan sila guna fungsi cetak pelayar lalai pula.
Perisai lambang kebesaran Puak Mèinnear di Scotland; corak ini dijabarkan sebagai Argent, a chief gules ("Perak berhulu merah").

Hulu jata dalam heraldik adalah salah satu bubuhan jata yang berbentuk jalur melintang pada tepi atas perisai. Luas permukaan perisai yang tertutup oleh corak ini berbeza-beza dari seperempat sampai ke sepertiga bentuk perisai.

Hulu tergolong dalam kelompok pembatas dengan selempang, kasau, jalur serta sula.

Rujukan

  • A C Fox-Davies A Complete Guide to Heraldry (direvisi oleh J P Brooke-Little, Richmond Herald), Thomas Nelson and Sons, London 1969