Jump to ratings and reviews
Rate this book

Senaskhah Hidup

Rate this book
Di Kuala Lumpur, dalam hiruk manusia dan hingar teknologi, ada tiga manusia yang mengalami kehilangan berbeza.

Fidel, CEO Sarang Publishing House, merasakan pahitnya kehilangan isteri dan anak dalam keadaan yang tidak termaafkan. Zara, novelis bertaraf superstar, terjebak dalam skandal plagiarisme yang membenam kariernya. Di sisi lain, Helmi, seorang lelaki sederhana, mengalami penderitaan jiwa yang mengubah norma hidupnya akibat kehilangan seluruh keluarga dalam sekelip mata.

Di kota itu mereka bertemu, saling berkongsi kisah dan memberi semangat walaupun masing-masing memiliki luka. Bersama-sama, mereka mencari hikmah bagi setiap kepedihan, di antara lembaran naskhah hidup yang diterbitkan oleh Tuhan.

412 pages, Paperback

First published May 1, 2023

Loading interface...
Loading interface...

About the author

Azzah A.R.

18 books61 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
78 (49%)
4 stars
58 (36%)
3 stars
21 (13%)
2 stars
1 (<1%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 55 reviews
Profile Image for akusipeminatbuku.
244 reviews28 followers
June 7, 2023
Senaskah Hidup.

Judul novel ini aku rasakan amat tepat dengan jalan ceritanya. Namun, reka bentuk kulit buku yang comel dengan warna ceria ini tidaklah menggambarkan cerita di dalamnya.

Kisah yang dipersembahkan dalam novel ini merupakan gabungan cerita kehidupan beberapa watak - Zara, Helmi, Fidel, Ji Ah. Apa yang mereka lalui, ada suka, ada duka, ada tangis dan ada tawa. Begitulah kehidupan kan, mana ada gembira sepanjang masa. Dugaan, cabaran pasti datang dan perlu dihadapi dengan tenang.

Zara merupakan seorang penulis popular, penulis best seller. Satu peristiwa hitam terjadi, menyebabkan Zara hilang keyakinan diri. Hampir tiga tahun dia menghilangkan diri, selepas kecaman teruk oleh netizen di media sosial.

Helmi seorang pengawal keselamatan. Dia seorang pemuda yang bekerja keras mencari rezeki. Malang tidak berbau, dia dikejutkan dengan berita kematian ahli keluarganya di kampung. Semuanya masih menjadi tanda tanya dan Helmi mengalami gangguan kesihatan yang menyebabkan dia memilih hidup di jalanan.

Fidel dan Ji Ah masing-masing juga punya konflik tersendiri. Fidel tidak sebulu dan menentang apa yang dilakukan oleh ayahnya. Anaknya Idle hilang dan dia terus berusaha mencari.

Dalam novel ini, ada banyak maklumat baru yang aku perolehi. Antaranya, cara royalti buku dikira, tip-tip menjaga hak cipta manuskrip, apa tugas dan peranan penerbit, editor, marketing dalam proces menghasilkan sebuah buku.

Watak pencuri tumpuan, aku pilih watak Muaz dengan Dr. Aqil. Walaupun muncul sekejap-sekejap tapi scene mereka sentiasa menarik perhatian. Muaz ni editor yang kelakar tapi serius dengan kerjanya. Dr. Aqil pula sentiasa berikan nasihat berguna.

Kesimpulannya, aku suka dengan novel ini. Tak rugi aku dapatkan di pbakl2023
Kalau anda berminat dengan kisah penulis, dunia penerbitan dan cerita kehidupan, buku ini boleh dijadikan pilihan.
Profile Image for Norsa'adah Ahmad.
Author 14 books21 followers
July 8, 2023
Senaskhah Hidup merangkumkan watak dalam dunia penerbitan dan isu yang sering berlaku dalam dunia buku seperti plagiat, royalti, novel menjadi drama dan lain-lain.

Tiga watak utama: Zara, penulis novel popular. Helmi, menjadi gelandangan akibat peristiwa hitam dan Fidel yang kehilangan anak.

Di samping watak utama, banyak lagi watak-watak sampingan lain yang dimasukkan dalam novel ini.

Novel ini boleh dikatakan 'fast pace' dengan banyak dialog mengatasi naratif. Namun, kebanyakan dialog seperti perbualan gosip dan tidak begitu kuat untuk menggerakkan plot novel.

Masalah yang timbul seperti Helmi yang trauma akibat kematian ahli keluarga, Zara yang dituduh memplagiat dan Fidel yang kehilangan anak tidak dikendalikan dengan matang oleh watak-watak dalam novel ini.

Seperti novel popular yang lain, watak diberikan nama yang sukar disebut seperti Fachnan dan Fidel. Adakalanya mengganggu pembacaan.

Perkaitan antara tiga watak ini juga agak 'awkward'. Mungkin disebabkan itu di penghujung cerita, tak dinyatakan sama ada Zara memilih Helmi atau Fidel.

Walau bagaimanapun, tahniah buat penulis yang mengetengahkan kisah dunia penerbitan.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Fuka-chan.
139 reviews
July 22, 2023
Nice. Berjaya habiskan buku dlm masa kurang dari seminggu!

Buku ni basically bagi kita insight on publishing life. Cerita pasal penulis, editor dan pbakl. Reality ada hater, ada orang dengki, ada gossip. Menarik la.

First chapter aku rasa macam confusing sebab terlalu banyak scene sikit sikit dan terlalu banyak character introduced at the same time. But bear with it please. The story will get more interesting in a few more chapters.

Let’s talk about MC (main character). So Zara has a very strong personality, tapi the stronger someone is, the deeper hole they fall. Once Zara dituduh plagiat, memang jatuh teruk sampai trauma kot. Tapi tu la bagus sebab Zara ni ada character growth. Ada bab bincang kenapa dia jatuh sampai depression, ada bab bincang macam mana nak keluar, nak bangun and at the end, dia berjaya bangkit. Walaupun ada la cringe dialog here and there, but still acceptable.

Helmi dan Fidel pun menarik. Walaupun, second point to take note here, hubungan antara both characters ni towards the end agak predictable dan agak annoying. Nampak penulis cuba tied up loose ends. Okay aku accept.

Overall buku ni di recommend kepada kawan-kawan.

4/5 star!
Profile Image for Suraya (thesuraya).
691 reviews206 followers
September 10, 2023
I like the whole publishing house part. Best baca pasal how local publishing works and PBAKL behind-the-scenes. Sebab diri sendiri adalah consumer of local books so this is insightful. The other part of the story (Helmi & Fidel) is pretty obvious. Dari awal boleh teka where this story will go. Tapi kenapa macam open-ended eh? Macam pretty pointless ending dia tergantung camtu
Profile Image for Fatimah Wahidah.
113 reviews43 followers
June 15, 2023
Naskhah ini tepat dengan namanya.Pelbagai sisi hidup yang dapat kita rasa melalui novel ini.Yang dah biasa dengan gaya plot Kdrama, mudah nak menelusuri gaya penceritaan novel ini.Sesetengah info dunia penulisan ada yang dah diketahui melalui Kdrama, Romance is A Bonus Book.Semua watak ada peranan masing-masing.Kudos kepada penulis kerana naskhah ini menepati hasrat K-Lit Karangkraf.
P/s:Suka watak Muaz dengan Ji Ah. Kalau dalam Kdrama, watak ni mesti berpasangan akhirnya, hehe..Maaf, karakter Helmi dengan Fidel macam tak cukup kuat untuk saya masuk dalam tribe salah satu.Satu lagi, Inspektor Damia dalam ni rasanya cameo daripada novel K-Lit yang lain.
Profile Image for Iman Danial Hakim.
Author 7 books359 followers
July 9, 2024
Senaskhah Hidup adalah novel yang WAJIB dibaca oleh semua pencinta buku.

Ia adalah sebuah homaj kepada
-pembaca
-penulis
-penerbit
-editor
-pesta buku
-kedai buku

Jika anda nak tahu tentang industri buku Malaysia, inilah novelnya!

Senaskhah Hidup berkisar tentang 3 individu

Fidel, CEO di Sarang Publishing House, kematian isteri dan anaknya akibat dibunuh kejam

Zara, penulis terkenal yang terjerat dalam skandal plagiarisme, menjatuhkan reputasi dan kerjayanya.

Di sisi lain, Helmi, seorang lelaki biasa, mengalami penderitaan jiwa dek sebuah peristiwa hitam, sehingga dia memilih untuk bergelandangan di jalanan.

Ia ala² Kdrama (dan memang K-Lit oleh Alaf 21 diinspirasikan oleh mereka), di dalamnya penuh drama: ada cinta, thriller, slice of life.

Ada banyak sub-plot dan watak² sampingan di sepanjang cerita, memang betul² macam Kdrama 12 episod: ada je benda yang terjadi

Sebagai pencinta buku, anda pasti akan teruja dengan segala tentang buku di dalamnya. Ia menyentuh isu yang benar berlaku dalam industri:

-isu PDF ebook plagiat dijual murah di Shopee
-karya pop vs karya sastera
-adaptasi karya ke filem
- pengiraan royalti buku
-penjagaan hak cipta manuskrip
-tugas penerbit & editor dalam menyiapkan buku
-peranan marketing dalam memasarkan karya

Senaskhah Hidup ini sendiri ditulis oleh individu yang berbelas² tahun berkecimpung dalam industri buku, maka tak hairanlah segala tentang buku di dalam novel ini benar² hidup.

Banyak cameo di dalamnya: antara yang saya ingat Kedai Buku Riwayat di KL dan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dan beberapa penerbit buku di Malaysia.

Terima kasih kak Azzah Abdul Rahman kerana menulis Senaskhah Hidup.

Dunia perbukuan memerlukan lebih banyak karya yang menyentuh soal perbukuan.

Buku-Tentang-Buku adalah satu genre sentiasa mendapat tempat istimewa di hati pembaca. Di sana, kita berkongsi rasa atas cinta yang sama: buku

Jadi, kawan² pembaca sekalian, tolonglah beli dan baca Senaskhah Hidup ini!

Tekan sini >> https://s.shopee.com.my/7pYj0zNo7q
Author 2 books
June 4, 2023
Positives:
1. Nice cover.
2. Good pacing. I finished it in 2 days.
3. I love the setting of the story about publishing in Malaysia.
4. Horrible, horrible villain.
5. Inspired by Korean dramas? I'm in.

Negatives:
1. Some parts are not realistic at all (not surreal, but plain illogical). 2 most glaring examples:
- When Zara was accused of plagiarism, she waited 3 years before she showed the evidence to the contrary. If she had the evidence all along, why wait for so long? If she was scared or traumatized and cannot make a rational decision, why doesn't her publisher took over and address the issue? It can be so easily disproved at the beginning itself.
- When Fidel's mother was murdered, how can
the funeral was settled without the involvement of the police? For a death at home, the police have to issue the burial permit, and if it's a sudden death under suspicious circumstances, a postmortem would have been ordered.
2. Some subplots are not well-developed and felt forced. Examples:
- Izman was suddenly a villain and it feels it's just there for shock factor. Him being a villain is not important to the plot at all.
- Ji Ah's story with her mother has a lot of potential, but in the end just felt like page fillers.
3. Cliffhanger ending which serves no purpose at all.
4. The story seems to ask us to see Fidel as a mostly good character, but he is not. He is his father's enabler (and the worst is he still needs to think to report to the police when his father murdered his mother), rude to his subordinates, and his actions/inactions when he went to Frankfurt at the beginning doesn't make sense at all.

Overall, quite an enjoyable read. 3 stars.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Fara.
216 reviews14 followers
August 16, 2023
Beberapa poin yang mahu dikongsi:

- Konsep K- Lit tampak segar, berlainan dengan novel-novel Karangkraf sebelum ini. Menarik.

- Saya suka premis yang digunakan iaitu rumah penerbitan buku. Suasananya jelas, membuatkan kita sedikit-sebanyak faham kerjaya dalam industri ini. Harap akan datang, K-Lit buat latar syarikat macam Megah Holding, musykil juga apa yang didagangkan sampai papa kaya gitu.

- Banyak watak tetapi karakteristik jelas dan berbeza. Saya suka gaya dialog setiap watak, jadi kita tak rasa macam mereka pelakon tambahan yang cuma dibayar RM5 satu scene. Watak-watak ini kebanyakannya kelabu, ada sisi putih dan gelap. Saya suka gitu sebab watak yang suci sangat akan membuat cerita jadi bosan dan tak relatable. Sungguhpun begitu ada beberapa watak yang jelas hitam, bagi saya ia mengurangkan nikmat membaca (pandangan peribadi).

- Novel ini tebal (tak pasti berapa puluh ribu pp), tapi syukur sangat ia bukan dipanjangkan dengan ayat naratif omnipoten atau filler yang tak memacu cerita.

- Babak cinta tak cringe. Kalau tak ditunjuk melalui perbuatan watak, ia akan dicerita melalui dialog. Selamat untuk YA dan sesuai untuk pembaca yang lebih berusia juga.

- Ending (spoiler alert:):

Terima kasih dan tahniah buat penulis (yang merupakan guru penulisan saya hampir sepuluh tahun dahulu) kerana berkongsi cerita. Cikgu dah terbit banyak buku, anak murid hauk... hihi.
Profile Image for Jejaka Buku.
86 reviews3 followers
July 17, 2023
"Semua orang ada kisah tersendiri. Apa yang kita nampak dan dengar, tidak mewakili keseluruhan hidup seseorang."

Senaskhah Hidup, sebuah novel bergenre realisme/misteri, yang memberi fokus pada kehidupan tiga individu, masing-masing dengan dugaan hidup yang menempatkan mereka dalam keadaan mengharukan. Fidel, seorang ketua pegawai eksekutif sebuah rumah penerbitan yang kehilangan isteri dan anaknya. Pada masa yang sama, novelis terkenal rumah penerbitannya, Zara dituduh menciplak karya orang lain lalu memutuskan untuk menghilangkan diri selepas kariernya musnah. Helmi pula diduga dengan seluruh keluarganya menjadi mangsa pembunuhan kejam. Namun takdir ada perancangannya tersendiri mengatur kehidupan mereka dengan perkara yang tidak dijangka dan semestinya ada hikmah disebaliknya.

Novel ini bermula dengan baik di mana pada bab pertama sahaja pembaca akan dihidangkan dengan kisah setiap watak utama dalam novel ini. Cara penulis menyampaikan bab tersebut sungguh cepat dan padat serta sarat dengan emosi. Kemudian dari situ pembaca akan mula menyelami bagaimana Zara mencari semula keyakinannya, Fidel dengan usaha mencari isteri dan anaknya yang hilang di samping menaikkan semula syarikat penerbitannya dan Helmi pula yang cuba berdamai dengan takdir selepas kehilangan keluarganya pada bab-bab seterusnya. Perkembangan plot novel ini bergerak lancar walaupun susunan plot utama dan plot sampingan agak berserabut. Ada sesetengah plot sampingan yang tidak memberi impak pada plot utama, tetapi tidak dirasakan lewah kerana plot sampingan tersebut berjaya menambah rencah di samping memberi pengetahuan baru kepada pembaca. Terutamanya perihal dunia perbukuan yang menjadi latar utama novel menjadikan pembacaan lebih menarik. Kelemahan ketara pada novel ini pada cara penulis menyelitkan beberapa maklumat atau babak yang agak tiba-tiba tanpa ada petunjuk pada awal cerita lantas sedikit merencatkan aliran cerita, juga penceritaan menuju babak kemuncak yang agak anti-klimaks dan terburu-buru. Tetapi peleraian novel ini dikendalikan dengan baik oleh penulis di mana setiap watak dapat penutup masing-masing dan diakhiri dengan penamat yang akan buatkan pembaca mahukan lagi kisah mereka. Antara perihal yang disentuh dalam novel ini ialah kesan kegoyahan institusi keluarga dan bahana fitnah yang boleh membinasakan individu.

Secara keseluruhannya, novel ini seperti tajuknya, memang sarat dengan pahit manis kehidupan yang dirangkumi dalam senaskhah novel serta boleh dijadikan pedoman. Walaupun ada beberapa perkara yang merencatkan pengalaman menghayati cerita ini, pembaca tetap akan memperoleh sesuatu yang menyentuh banyak perkara seperti persahabatan dan kekeluargaan serta berjaya disampaikan dalam latar dunia perbukuan lantas menjadikan novel ini ada keunikannya tersendiri.

3.5🌟/5🌟
Profile Image for Qayiem Razali.
787 reviews72 followers
September 24, 2023
20 - 2023

Senaskhah Hidup - Azzah A.R.

Best!
Lain dari yang lain!
Cukup rencah!
Saya menangis. Saya ketawa.
Banyak 'quote' yang boleh diambil untuk dijadikan inspirasi.

Okay, itu saja kesimpulan untuk buku Senaskhah Hidup ini. Antara naskhah yang wajib dimiliki untuk mereka yang sedang mencari makna hidup melalui lembaran ilmu. Tahniah buat penulis. Teruskan berkarya.
Profile Image for Jamilah Norddin.
100 reviews15 followers
Read
December 20, 2023
Tiga hari menemani, bacaan sampai ke halaman akhir.

Jujurnya aku belum membaca ulasan novel ini, sekalipun banyak tertulis dan ada di mana-mana ketika baru terbit dan masih panas. Sengaja. Hanya tahu latarnya, penulisnya... Menyimpan hajat memiliki, Disember baru ada di tangan.

Latar dunia penerbitan adalah latar angan novel yang mahu ditulis. (Menjadi latar cerita yang ditulis untuk assignment penulisan novel di ASWARA. Bezanya aku tulis dunia majalah.) Teruja bila dapat khabar novel ini akan diterbitkan. Mesti beli dan baca. Dapat juga beli dan baca.

Tidaklah akan aku ceritakan kisahnya, sebab baca sendiri barulah bertemu kepuasan. Hanya berkongsi pengalaman membaca...

1. Daripada semua bab, entah mengapa bab 51 yang buatkan air mata saya bergenang.
2. Latar terasa sangat dekat di hati dan diri. Penulisan. Penerbitan. PBAKL. Kawasan pasar Seni. MRT. Masjid Negara... Antaranya.
3. Seperti menonton drama bersiri. Dialognya segar dan hidup. Suka!
4. Banyak perasaan membacanya sampai halaman akhir.
5. Senaskhah hidup! Kena dengan cerita.
6. Maaflah saya sejenis suka lipat halaman buku.
Senang mahu lihat bila mahu. Walaupun ramai ada banyak kaedah, begitulah kita selesa dengan cara masing-masing.

Terima kasih cikpuan Azzah AR yang mengarang dan menerbitkannya.
Profile Image for Tengku Khadijah.
87 reviews1 follower
October 20, 2023
Mengisahkan tentang TIGA individu yang mengalami keperitan dan masalah dalam hidup masing-masing. Namun, ditakdirkan mereka bertemu dan saling berkongsi kisah serta memberi semangat antara satu sama lain.

Banyak isu yang diketengahkan dalam novel ini, antaranya, termasuklah;
1 - isu dunia penerbitan buku (plagiat, royalti, hak cipta dll.)
2 - isu kesihatan mental (social anxiety, PTSD dll. )
3 - Isu penunggang agama
4 - Isu gelandangan
5 - Masalah kekeluargaan dan komunikasi

Paling ‘best’! Dapat memahami dunia penerbitan buku, kekalutan menjelang PBAKL dan peranan setiap orang penting dalam sesebuah syarikat penerbitan.

Tak dilupakan ‘side story’ yang tak kurang impaknya, kisah Ji Ah dan ibunya.

“Reda bukan bermaksud menyerah kalah. Reda ialah kita menerima takdir ALLAH dan dalam masa yang sama berusaha supaya takdir itu tidak berulang dan tidak pula sehingga menjadikan kita lebih buruk.”

“Hikmah sentiasa ada walau tak kelihatan, walau tak kau temukan. Bahkan mungkin ajal yang tiba dahulu sebelum kau temui hikmah atas hal-hal yang berlaku. Hakikatnya, hanya dengan mempercayai bahawa segala perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya pun sudah cukup menenangkan.”
-Azzah AR,2023-

Memang ada antara kita, yang dalam senyumannya tersembunyi masalah yang dipendamnya sendiri. Indahnya hidup didampingi insan-insan yang prihatin seperti Zara, Fidel, Helmi dan Ji-Ah. Masing-masing punya masalah tetapi saling menguatkan.

“Keeping an attitude of kindness can help us as much as it does the people around us: it colors everything with hues of positivity. Our actions. Our feelings. Our outlook. Just like the glow of a brilliant sunset brings warmth and color to everything around it, so the color of kindness tints whatever it touches. Kindness can turn gray into cheerful yellow. It brings out a smile instead of a scowl.” [A Case of Kindness by Lisa Barrickman]
Profile Image for Iris Ymra.
206 reviews27 followers
September 7, 2023
'Reda hanya akan berlaku apabila kita memahami bahawa semua hal mempunyai hikmah.'

'...setiap manusia diberikan beban yang sama beratnya. Yang membuatkan beban itu nampak berbeza ialah cara masing-masing menguruskannya.'

'Apa sahaja dalam dunia ni yang melibatkan harapan, pasti mempunyai risiko kekecewaan.'

____

Hidup yang selama ini baik-baik sahaja, yang normal, yang berjalan pada paksi sedang senang, sedang selesa dan paling utama sedang bahagia -- boleh bertukar serta-merta dalam waktu satu malam sahaja. Kejadian-kejadian yang mengambil tempat dalam tempoh singkat itu telah meninggalkan Fidel, Zara dan Helmi dengan trauma yang memakan tahun untuk mereka belajar hidup dengannya, kerana untuk mengatakan mereka sudah sembuh daripada trauma masing-masing, itu adalah jauh sama sekali.

Tempoh tiga tahun yang berlalu mengajar setiap daripada mereka untuk bangkit menjalani semula hidup, mencari kehidupan, dan berasa kembali hidup. Dan dalam Senaskhah Hidup mereka ini pada akhirnya dapat merungkai semua perkara yang telah 'mematikan' mereka tiga tahun yang lalu itu.
____

Senaskhah Hidup; sebuah karya yang sangat informatif dalam memberikan gambaran di belakang tabir dunia penerbitan buku secara ringkas dan tidak rumit, sementelah penulis buku ini juga tidak asing dengan latar belakang beliau dalam bidang ini, justeru memang sesuatu yang dapat dijangka dan diharapkan daripada karya penulis. Buku yang memang pantas akan memenangkan tempat dalam senarai buku yang saya suka apabila perjalanan ceritanya melibatkan soal kerjaya dan fakta, di samping aspek lain yang buku ini bawakan juga -- tentang jenayah, penyelewengan, dan fitnah pada agama.

Rangka plot yang disusun, sangat engaging dari sebermula pembacaan lagi -- persoalan-persoalan dan konflik untuk setiap watak utamanya dicipta dari seawal bab dengan cukup jelas memang berjaya memasak bacaan saya untuk jadi berterusan. Boleh cakap tiada titik datar masa saya membaca buku ini dan rasa ingin tahu jadi sentiasa menaik, rentak bacaan pun terasa pantas dan tidak meleret-leret, yakni tidak ada rasa bosan di mana-mana. Olahan dan susun atur babak buku ini persis menonton drama, peralihan daripada satu babak ke satu babak meski tidak berhubungkait masih cukup kemas dan tidak menjatuhkan graf bacaan untuk seseorang seperti saya yang tidak suka kalau babak beralih secara tidak berkaitan, buku ini memang mengubah pandangan saya untuk gaya penulisan yang seperti ini.

Buku ini pada saya konfliknya adalah sentiasa berterusan sepanjang jalan cerita. Walaupun begitu, penyelesaian konflik-konflik tersebut pula tidaklah dengan cara yang terlalu rumit -- sementelah kita memang sudah disajikan dengan cabaran yang banyak untuk watak-watak -- menjadikan bacaan terasa ringan sikit di akhirnya. Watak-wataknya pula ramai, di samping watak-watak utama, tapi pada saya setiap seorang dalam jalan cerita ini ada signifikan mereka sendiri pada babak-babak tertentu, yang tepat.

Saya suka bila mana kita dapat melihat bagaimana watak-watak yang sudah melalui cabaran dan konflik hidup mereka, akhirnya bangun daripada kejatuhan lalu menjalani semula hidup dengan kekuatan baharu -- kisah yang menginspirasi untuk sentiasa buat kita ingat, yang hidup akan baik-baik sahaja akhirnya. Watak utama Fidel, Zara dan Helmi ada kelebihan mereka tersendiri yang sangat menarik dan 'wow'. Tapi sejujurnya disamping tiga watak utama yang menjadi penggerak plot dalam buku ni, (sebab konflik utama buku adalah tentang cabaran yang dihadapi tiga watak ini; Fidel, Zara dan Helmi) saya juga sangat tertarik dengan watak Ji ah, mungkin sebab watak Ji ah ni lebih berkaitrapat kepada saya secara emosi.

Sejujurnya, dari aspek sentuhan emosi saja untuk buku ini yang agak kurang buat saya. Secara peribadi untuk saya dari segi emosi, saya cuma cukup sebatas faham sahaja akan perasaan watak-watak pada cabaran yang mereka kena hadap -- kerana memang digambarkan bagaimana mereka menghadapi tekanan daripada peristiwa yang sudah terjadi -- tetapi entah kenapa tidaklah sehingga mengganggu emosi saya sendiri. Berbeza pula pada kisah Ji-ah, yang memang buat meleleh air mata bila baca sampai bahagian Ji ah dengan mak dia. Tetapi untuk pencucuh perasaan amarah barangkali lain pula ceritanya, sebab buku ini sajikan kita dengan perbuatan-perbuatan dan watak-watak antagonis yang memang boleh menghidupkan emosi yang satu ini.

Senaskhah Hidup bawakan banyak pengajaran dalam dunia buku serta penerbitan, tentang kekeluargaan, dan juga agama. Dan terselit juga tema cinta dan romantik dalam jalan ceritanya, walaupun dalam kadar minimal sahaja -- tapi cukup rasalah pada saya sendiri. Pada pandangan saya juga buku ini kalau tanpa konflik kisah tentang perbuatan ayah Fidel dan hanya cerita bekisarkan konflik dalam dunia penerbitan dan penulisan buku pun pasti sudah cukup menarik juga. Mungkin untuk karya pada masa depan nanti penulis boleh bawakan lagi banyak kisah disebalik penerbitan dan penulisan buku, kisah realiti dalam bentuk fiksi, sebab saya lihat ini memang adalah kepakaran dan pengetahuan penulis. Akhir sekali, Senaskhah Hidup ialah satu buku yang semestinya mudah untuk saya rekomendasi kepada semua golongan pembaca.
Profile Image for Alia Fatihah.
72 reviews5 followers
September 16, 2024
"Hikmah sentiasa ada walau tak kelihatan. walau tak kau temukan. Bahkan mungkin ajal yang tiba dahulu sebelum kau temui hikmah atas hal-hal yang berlaku. Hakikatnya. hanya dengan mempercayai bahawa segala perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya, pun sudah cukup menenangkan."
- Azzah AR, 2023


Macam ni lah kehidupan. Tak semuanya smooth dan gembira selalu. Tetapi ujian tu lah yang membuatkan kita kuat dan boleh jadi juga ujian tu merupakan cara Tuhan selamatkan kita :)


Faham tak perasaan kosong lepas habiskan sebuah buku yang dekat di hati ? Macam ni la aku rasa lepas je habis baca buku ni. Nak lagi !!!! Kenapa buku ni tak viral dekat tiktok eh sebab sangat berbaloi jalan cerita dan penggunaan bahasa dalam buku ni. Aku beli buku ni pun sebab cover dia yang cantik lepas setahun baru terbuka hati untuk baca buku ni 🥲


Buku yang sangat realistic. Semua karakter, semua watak dalam cerita ini ada masalah dan trauma sendiri. Helmi yang jadi gelandangan selepas satu peristiwa hitam yang dihadapi yang membuatkan dia tak boleh duduk dalam rumah. Fidel yang kehilangan anak dan isteri sekelip mata dan tahu mengenai perkara tersebut lambat. Kau bayangkan isteri kau yang tengah mengandung tu meninggal tapi kau lambat tahu dan anak yang kau ada pulak hilang dan lambat dimaklumkan ??!! Zara yang merupakan penulis hebat dituduh meniru dan plagiat cerita orang laim sampai diboikot sehingga mengambil masa yang lama untuk pulih. Tak lupa juga watak sampingan macam Ji Ah dan Nenek Sweet, mereka juga ada kisah tersendiri yang buatkan kita faham kenapa watak mereka begitu.


Sebagai seorang pembaca, aku sangat suka bila penulis memasukkan detail tentang mereka yang bekerja dalam bidang penerbitan buku. Aku suka scene team brainstorming untuk menghasilkan cover yang menarik dan juga tajuk yang menarik. Aku jugak suka scene pemilihan jenis kertas untuk mencetak buku supaya sesuai dengan perkembangan zaman sekarang ni. Scene persiapan mereka untuk pbakl juga.


Penggunaan gaya bahasa buku ni sangat best!! Tak meleret tapi tak terlalu ringkas. Memang sempurna pemilihan bahasa yang penulis gunakan. Bila penulis masukkan fakta, kau takkan rasa macam kau tengah baca wikipedia pun sebaliknya kau rasa macam penerangan yang ringkas yang mudah difahami gitew.


‼️‼️SPOILER‼️‼️

Walaupun open ending pasal siapa yang Zara pilih tapi sejujurnya aku rasa ending ni dah cukup sempurna sebab akhirnya semua watak dah menemui kebahagiaan mereka. Yang jahat pun dihukum. Persoalan yang buat kita tertanya-tanya pun dah terjawab di hujung cerita.


Overall novel ni memang best sangat sangat sangat !!!! Kepada korang yang nampak review ni please lah beli dan baca buku ni confirm tak menyesal. Jalan cerita buku ni sangat sesuai dengan tajuk buku ni.



Profile Image for ens.
93 reviews13 followers
July 26, 2023
genre — slice of life

📝 Zara Zeff, penulis terkenal Malaysia yang dituduh memplagiat menyebabkan dia mengurung diri dari terus berkarya. Fidel, CEO Sarang Publishing House yang kematian isteri dan kehilangan anak manakala Helmi yang kehilangan seluruh ahli keluarga dalam sekelip mata akibat dari pembunuhan kejam. Ini kisah mereka bertiga mencari makna kehidupan semula.

---

jahatnya author jahat sangat bagi ending gitu😭😭😭 tapi takpe tolak tepi ending tu, let's talk about how amazing the contents of this book!

korang selalu tgok kdrama kan korang tahu lah macam mana diorang buat detailing job scope dalam plot cerita so yeah buku ni serious vibe kdrama😍 sbb dia ketengahkan lebih mendalam berkenaan isu dalam industri penerbitan buku dari isu plagiat, penjualan ebook secara haram, penulis tak dapat royalti, isu adaptasi, printing, editoring, proofread dan banyak lagi rasa macam kita pulak kerja dalam company buku😂

tapi bukan isu industri buku semata mata, penulis selitkan juga isu pelancongan seks kanak-kanak, gelandangan, penunggang agama, gaslight and abusive partner, PTSD dan ibu bapa yang selalu cari kesalahan anak. We can relate with Ji Ah so much in this case😔💪🏻 banyak sangat isu dalam ni yang menarik it has so much potential tapi sebab banyak sangat isu dalam satu masa so rasa semua benda jadi fast pace HAHA

at first I hardly adapt with the beginning of the story sebab buku ni ada tiga main characters jadi penulis selitkan every backstories back to back hence agak pening sedikit nak catch up awalnya but after few chapters, pembacaan makin menarik, makin nak tahu apa yang akan jadi✨

(spoiler alert don't read this paragraph) saya perlukan at least an epilogue untuk menjawab soalan kepada ending tu huaaaa atau another sequel or backstories about Zara and Fidel cuz i was thinking oh my Zara macam mana dia hadap ex dia which is ceo kepada publisher buku dia sendiri while ex's wife working in the same industry? i need a story about them three! please author this is a need😭🙏🏻 and if jadi Zara pon tak tahu nak pilih mana satu cuz Helmi is full with love languages but Zara lebih selesa dengan Fidel😔☝🏻

i want to give credit to book cover illustration jugak! we can see the details from the story on the cover aaaaa and also the flopiness sangat lurve!🫶🏻😍 worth my time reading this sebab belajar banyak benda especially cara Zara jaga hak cipta buku dia i amazee walaupon ada beberapa part yang macam page filler je and felt so forced, but still worth to read

"𝘼𝙥𝙖 𝙨𝙖𝙝𝙖𝙟𝙖 𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙙𝙪𝙣𝙞𝙖 𝙣𝙞 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙚𝙡𝙞𝙗𝙖𝙩𝙠𝙖𝙣 𝙝𝙖𝙧𝙖𝙥𝙖𝙣, 𝙥𝙖𝙨𝙩𝙞 𝙢𝙚𝙢𝙥𝙪𝙣𝙮𝙖𝙞 𝙧𝙞𝙨𝙞𝙠𝙤 𝙠𝙚𝙠𝙚𝙘𝙚𝙬𝙖𝙖𝙣. 𝙄𝙩𝙪 𝙨𝙚𝙗𝙖𝙗𝙣𝙮𝙖, 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙝𝙖𝙧𝙖𝙥𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙨𝙪𝙖𝙩𝙪, 𝙥𝙚𝙧𝙡𝙪 𝙗𝙚𝙧𝙥𝙖𝙙𝙖-𝙥𝙖𝙙𝙖. 𝙅𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙩𝙚𝙧𝙡𝙖𝙡𝙪 𝙗𝙚𝙧𝙝𝙖𝙧𝙖𝙥. 𝙎𝙪𝙥𝙖𝙮𝙖 𝙟𝙞𝙠𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙡𝙪𝙠𝙖, 𝙩𝙖𝙠𝙡𝙖𝙝 𝙗𝙚𝙜𝙞𝙩𝙪 𝙩𝙚𝙧𝙖𝙨𝙖 𝙨𝙖𝙠𝙞𝙩𝙣𝙮𝙖."
Profile Image for Izzah Berhan.
69 reviews5 followers
June 12, 2023
Kisah berkisarkan ttg dunia penerbitan buku, asam garam kehidupan berkaitan buku. Banyak ilmu baru utk saya yg hanya pembaca picisan.

Cerita yg hitam sebenarnya tapi di warna warnikan dgn watak-watak yang lucu.

Watak jahat mmg sangat jahat! Walaupun cerita ini tergantung tapi semua kejahatan mendapat balasannya.

Percintaan juga di selitkan, di indahkan dengan puisi yang cukup sedap, enak, memeluk jiwa.

Namun, kisah cinta dlm naskhah ini di gantung sepi. Baik untuk watak utama juga watak sampingan.

Saya mahukan kisah cinta Ji Ah! 🤭

Banyak kata-kata azimat utk menjalani kehidupan dgn baik dlm kisah ini. Bacaan yg bermanfaat insya Allah.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Siti.
Author 3 books17 followers
June 29, 2023
Alhamdulillah, selesai menghayati kehidupan dalam Senaskhah Hidup. Mantap! Macam baca skrip drama. Nyaris kering kuah masak lodeh yang dipanaskan sebab baca buku ni masa tengah tunggu mendidih *tepuk dahi*.

Persoalannya sekarang ni, siapa pilihan Zara? Hahaha!
Profile Image for Fur Abid.
227 reviews9 followers
July 6, 2023
“𝙐𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙠𝙖𝙪, 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙖𝙨𝙞𝙝 𝙗𝙚𝙧𝙩𝙖𝙝𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙥𝙚𝙧𝙟𝙪𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣. 𝙐𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙠𝙖𝙪, 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙖𝙨𝙞𝙝 𝙗𝙚𝙧𝙜𝙖𝙜𝙖𝙝 𝙢𝙚𝙣𝙘𝙖𝙧𝙞 𝙠𝙚𝙠𝙪𝙖𝙩𝙖𝙣. 𝙐𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙠𝙞𝙩𝙖, 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙖𝙨𝙞𝙝 𝙙𝙞𝙗𝙚𝙧𝙞𝙠𝙖𝙣 𝙠𝙚𝙝𝙞𝙙𝙪𝙥𝙖𝙣.”

Permulaan buku ini agak saspens. Suasana di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) diselangi dengan tragedi kematian. Mengisahkan tentang pergelutan masa lampau masing-masing yakni, Hilmi, Fidel dan Zahra. Mereka mempunyai masa silam yang begitu tragis yang menganggu-gugatkan dunia realiti mereka.

Novel ini menhidangkan jalan cerita yang agak laju (fast pace) dalam pembacaan. Daripada tajuk novel senaskhah hidup, ia berkisarkan tentang dunia buku, latar belakang permasalahan dan pancaroba kehidupan, dan sudah tentu tentang kehidupan yang warna warni. Watak utama yang memainkan peranan penting dan mempunyai kisah silam yang pahit tersendiri.

Zara, seorang penulis yang bertaraf artis (bestseller) yang dihunjam dengan pelbagai kritikan dan makian yang mematikan semangat untuk meneruskan kerjaya sebagai seorang penulis. Helmi, seorang pengawal yang perlu menghadapi kehidupan apabila adik, ibu dan ayahnya mati dibunuh sehingga menganggu kehidupannya. Fidel, kematian isterinya dan kehilanggan anaknya yang menyebabkan kehidupannya tunggang terbalik.

Novel ini memberi satu gambaran baharu akan rencam dunia sebenar industri buku. Isu plagiat, buku bajakan, penulis tidak dibayar royalti, kebajikan pekerja diabaikan dan semua yang terkait dengan cakap-cakap yang sering berlegar tentang industri buku di Malaysia. Mungkin ia dipandang remeh, namun sangat memberi kesan yang signifikan dalam membangunkan industri buku setanding industri buku negara maju.

Cuma di sebalik kelebihan novel ini mesti ada kekuranggannya. Watak sampingan seperti kisah Ji Ah dan ibunya yang agak singkat, kisah Rudy, Zakwan yang tetiba muncul dan agak-agak tiba tanpa penjelasan kisah disebalik terjadinya situasi Zakwan bunuh diri. Watak-watak sampingan yang banyak dan cuba menonjol untuk menyaingi watak-watak utama seperti Helmi, Zara dan Fidel seolah-olah celaru mana satu watak utama dan mana satu watak sampingan.

Transisi babak dari satu babak berlalu dengan begitu laju sehingga terpaksa mengulang semula babak sebelum tu, bukan apa, takut-takut terlepas perkara penting yang ingin di sampaikan pada babak tersebut. Tambahan, dengan lawak humor yang diselitkan tidak sampai. Babak kehilangan Idie dan Idie tersedar daripada amnesia pada pandangan peribadi, seharusnya dikembangkan babak tersebut. Ia berlalu dan habis begitu sahaja. Watak Ji Ah berlawan Kung Fu dengan Rogue agak tiba-tiba dan tak dapat nak korelasikan dengan keadaan sedangkan ia dalam keadaan genting tetapi diselitkan dengan lawak yang kurang sampai.

Secara keseluruhan, novel ini sangat sedap untuk dibaca kerana ia mengisahkan watak yang hidup. Watak yang seakan mengisahkan hidup seseorang. Nasihat dan pengajaran yang pelbagai yang boleh dijadikan pedoman hidup merupakan elemen kekuatan novel ini.
Profile Image for AzeeraY.
30 reviews5 followers
June 7, 2023
Buku K-lit pertama yang dibeli & baca.
Sebagai peminat genre slice of life, buku ni diapproved ye! ☺️

Banyak info baharu dalam buku ni berkaitan penulis-rumah penerbitan-industri buku. Dengan hadirnya setiap watak saling menghidupkan jalan cerita. Tang madrasah dan pemilik dia tu, macam nak baling buku (mujur buku jenis flexible & floppy).

Terima kasih hadirkan senaskhah hidup mereka yang teguh seperti zara, fidel, helmi ni. Oh ya muaz juga menceriakan hari saya. Tapi apa maksud 'yes!' zara tu ye? Benci la gini😭
Profile Image for Aza Holmes.
66 reviews4 followers
July 9, 2023
Honestly, I gave this book a chance after not reading Malay books for so long. Maybe a little bit sceptical. BUT! I made the right choice to start with this book.

Penceritaannya fast paced dan membawa pembaca mengenali industri buku, dari proses awal seorang penulis sehinggalah proses akhir percetakan dan distribution. Hujung cerita, hampir menitik juga lah air mata bila part Fidel dan anaknya :')

Overall, I like the story telling walaupun agak geram dengan Zara sebab tak retaliate in the first place after difitnah plagiat sedangkan dia ada je buktinya dari awal. Macam unnecessary pula nak go into hiding for so long. Tapi yalah, kalau tak, tak jadi cerita la kan. Suka watak Ji Ah dan Muaz yang menceriakan situasi!

Soalan akhir: nama penuh Zara tu Zahra Raziff ke Zahra Zaffrudin? Ada dalam satu part tu ditulis nama bapa yang berlainan hmmm.

September 25, 2023
Baca tanpa henti itu adalah sangat indah
Begitu juga isi dalaman buku ni buat saya baca dengan kekusyukan.cerita yang mengisahkan kehidupan seorang penulis dan masyarakat jalanan.ada sedih,ada happy dan lain2.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Anyss ZM.
1 review
December 5, 2023
Senaskah Hidup Daripada Sudut Pandang Pengulas Pemula.

Disclaimer: Ini kali pertama saya cuba menulis ulasan novel. Entah mengapa seusai membaca novel karya seorang pempengaruh yang saya ikuti di Facebook untuk sekian waktu iaitu Azzah Abdul Rahman, saya terpanggil untuk menulis sedikit ulasan. Mohon maaf sekiranya tulisan ini tidak layak dipanggil ulasan. Saya cuba ya!

Sebenarnya baru sahaja sebulan yang lalu saya membaca buku Panduan Menulis Novel: Teknik Surah Yusuf, tulisan Puan Pengasas PTS, Ainon Mohd. Antara yang mendorong saya membaca buku ini juga adalah Puan Azzah sendiri, yang selalu berkongsi tentang teknik penulisan yang diekstrak daripada Surah Yusuf dalam Al-Quran. Apa yang ingin saya beritahu ialah selepas membaca buku tersebut, saya ‘cannot unseen’ Teknik Surah Yusuf (selepas ini akan disebut dengan TSY) yang terterap dalam novel-novel yang saya baca. Secara tak langsung saya akan teringat akan teknik dan seni tulis yang diajarkan oleh Puan Ainon sepanjang membarisi kulit ke kulit novel Senaskah Hidup ini dan cuba membuat perbandingan.

Senaskah Hidup juga merupakan salah satu produk pertama daripada imprint baharu Karangkraf bernama K-Lit yang dibangunkan mengikut acuan drama Korea, dengan tema-tema yang bukan sekadar bertujuan menghiburkan, malah membangunkan jiwa dan pemikiran. Sebagai penggemar drama Korea, saya teruja untuk membaca kesemua terbitan sulung K-Lit ini tetapi belum mendapat kesempatan hinggalah saya ditemukan dengan Senaskah Hidup di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam.

Kita tahu yang drama Korea biasanya membawa kita menyelam dalam dan menunjukkan liku-liku terperinci dunia ‘pekerjaan’, -bagi kita, kerana mungkin dalam budaya mereka itulah ‘kehidupan’ mereka iaitu hidup untuk kerja-.

Kita lihat bagaimana cara kerja seorang doktor veterinar dalam Behind Your Touch, cara kerja seorang scammer dalam Decoy dan Delightully Deceitful, cara kerja seorang pempengaruh media sosial dalam Celebrity, guru tusyen dan peniaga lauk dalam Crash Course in Romance, penternak babi dalam The Good Bad Mother. (Just to name a few of the latest series)

Senaskah Hidup mengambil acuan ini dan mengajak kita masuk ke dalam rumah penerbitan yang diberi nama Sarang Publishing House PSH dan mendudukkan kita di kerusi pengarah urusan kemudian kerusi-kerusi lain seperti penulis, editor dan team pemasaran. Kita dibawa menelusuri bangun-jatuh-bangun SPH dalam tempoh beberapa tahun, dengan silih berganti datang dan pergi konflik-konflik dalam pejabat seperti pengasuhan penulis untuk menyesuaikan diri di dunia baru, carakira pembayaran royalti, adaptasi karya ke layar perak, isu cetak rompak Telegram, kucar kacir dan debar menuju PBAKL, dan konflik utama iaitu persaingan busuk antara rumah penerbitan.

TSY mencadangkan novel yang baik adalah yang membentang dalam latar masa yang panjang, yang membolehkan karakter berkembang secara organik dan bukan kisah satu malam. Kita lihat tiga watak utama mengambil masa lebih tiga tahun untuk bangkit dari jatuh dan bagi saya ini adalah tempoh yang walaupun agak cepat tetapi wajar dan munasabah.

Kisah dimulakan dengan pengenalan watak-watak yang banyak, beraneka dan terhubung dalam jalinan yang menarik. Tiga watak utama iaitu Fidel, Zara dan Helmi mengalami kejatuhan yang selari pada garis masa dan memulakan ‘the hero’s journey’ dengan cara masing-masing tetapi pada yang sama saling memberi kesan kepada satu sama lain. Tiga watak utama ini diberikan banyak watak pendamping yang selain membantu Fidel, Zara dan Helmi tumbuh dan berkembang, juga membuat naskah ini menjadi hidup dan menghiburkan.

Kita nampak sifir drama Korea dalam Terius Behind Me, Vincenzo, The Good Bad Mother, Hometown Cha Cha Cha, dan The Fiery Priest iaitu meriah dengan watak-watak penopang ini benar-benar menjadi. Kemeriahan makcik pakcik bawang berperanan membuat watak utama hidup dan secara tidak langsung menimbulkan 'sense of belonging' kita dengan mereka.

Selain watak-watak meriah ini, ada watak hikmah seperti Dr. Aziz dan Nenek Sweet yang menjadi pendorong perubahan dan sebagai tempat berpaut yang kuat.

Saya tidak akan menulis sinopsis novel ini tetapi ada lima perkara yang ingin saya ulas. Ulasan berikut mengandungi spoiler jadi pastikan tuan puan membaca dahulu karya fiksyen Azzah AR ini sebelum menyambung pembacaan.

1. Elemen Thriller

Boleh dikatakan unsur thriller, dengan sedikit rencah penyiasatan dan aksi yang menggerakkan plot utama cerita ini, iaitu berkenaan Madrasah Habiby di Janda Baik. Watak hitam, iaitu Tan Sri Fachnan adalah watak yang serba-serbi jahat.

TSY mengajarkan konsep dosa tunggal, iaitu perlakuan jahat yang dilakukan oleh watak hitam berpunca daripada satu kesilapan sahaja. Boleh jadi watak ini melakukan banyak perkara jahat tetapi semuanya terbit daripada dosa tunggal.

Dalam Senaskah Hidup, boleh difahami mengapa pembunuhan-pembunuhan itu berlaku iaitu bagi menutup dosa tunggal (kegiatan Madrasah Habiby).

Namun bagi saya pembaca akan tertanya-tanya mengapa bapa kepada Fidel ini begitu jahat kepada keluarganya terutama isterinya. Tiada jawapan yang kemas kepada sifat kefiraunan dan tindakan-tindakan penderaan mental kepada isterinya, begitu juga kebencian kepada asal usul menantunya Hanani. Jahat Tan Sri Fachnan adalah jahat total dengan banyak kelebihan seperti kaya raya, mempunyai saluran informasi (bersekongkol dengan sahabat Fidel, iaitu Izman), dan mempunyai banyak kakitangan agam yang melindungi.

Watak ini sukar berpatah balik ke arah kebaikan dan hanya hukuman yang boleh mencuci dosanya.

2. Ayat Dialog vs Ayat Naratif

Antara yang membuatkan pembaca Senaskah Hidup tenggelam dalam alur cerita adalah seni tulisnya yang banyak menggunakan ayat dialog. Ayat-ayat dialog ini seakan membuka panggung dalam kepala pembaca dan menjadikan mesej mudah dicerna.

TSY mencadangkan ayat dialog mestilah ayat penuh dengan bahasa tinggi dan tidak rojak, manakala Senaskah Hidup dilihat lebih memilih untuk menggunakan pendekatan lebih realistik dan santai. Ini adalah pilihan yang baik dan menghiburkan. Sesetengah perkara memang parut dicarutkan dan dibodohkan tanpa lapik.

Seni tulis dengan panggung di dalam kepala pembaca ini banyak dihasilkan oleh Bahrudin Bekri pada pandangan saya, dan ini sangat menyeronokkan. Naskah sebegini juga jikalau menurut TSY lebih mudah diangkat menjadi karya adaptasi samada filem atau drama. Semoga ada produksi dan penerbit yang mendramakan karya ini suatu hari nanti.

3. Unsur Cinta

Kisah cinta acuan drama Korea? Sudah pasti kisah cinta bersegi-segi. Dalam senaskah hidup, Fidel, Zara dan Helmi adalah penjuru bagi sebuah segitiga. Acuan sebegini tidak pernah lapuk dan Puan Azzah mengarangnya dengan manis sekali. Helmi dengan puisi-puisi puitis dan Fidel dengan lagu-lagu kenangannya. Cinta memandu mereka bertiga ‘crossing the threshold’ dan akhirnya menemui jalan pulang.

Namun, cinta tragis Fidel-Hanani bagi saya terlampau tragis dan reaksi Fidel terhadap kematian isteri dan anaknya disimpul dengan agak longgar.

Pembaca mungkin kecewa dengan usaha ‘pencarian’ Fidel yang kononnya bersungguh tetapi tak terarah dan lebih kepada hanyut memujuk diri.

Kes pembunuhan satu keluarga di Malaysia? Sudah pasti heboh sehingga warganet berlumba-lumba menjadi detektif persendirian, apatahlagi jika melibatkan menantu seorang Tan Sri. Tidak mungkin sumber maklumat Fidel hanyalah Izman. Pembaca mungkin memaafkan Helmi, yang menjadi kunci jawapan kepada Fidel kerana menderita PTSD dan dissociative amnesia tetapi mungkin tidak Fidel.

4. Konflik Orang Tua-Anak

Ini adalah elemen yang agak mengejutkan bagi saya kerana watak ibu dalam budaya Melayu selalunya diangkat tinggi dan tidak biasanya dicacatkan dengan kelemahan.

Tetapi Ji Ah dan ibunya adalah realiti dan penulis tidak segan silu atau cuba mengkambus kelemahan si ibu di bawah karpet sabar serta reda si anak. Suara Ji Ah yang lantang dan ekspresif mungkin berkali-kali dikhayalkan oleh mereka yang bernasib serupa. Tersepit, diambil kesempatan, dan sentiasa rasa ‘dihukum’ oleh si ibu. Ibu yang pasif sebegini biasanya menekan anak dengan halus dan dalam.

Konflik ini cuba dilerai dengan baik oleh penulis, dan si ibu perlu berubah. Ibu dan anak yang tinggal berdua ini perlu saling mendukung, dan bangkit mempertahankan satu sama lain dengan harmoni bukannya bersengketa. Komunikasi yang baik adalah permulaan segala-galanya. Benarlah kata Fidel (lebih kurang maksudnya), “pada usia ini kita akan diuji dengan ibu bapa”.

5. Kemenangan Moral Kepada Watak Putih

TSY memberitahu kita kisah yang indah mestilah disudahi dengan kemenangan moral kepada watak putih. Watak hitam perlu diberikan penutup yang jelas, samada bertaubat atau menerima hukuman.

Senaskah Hidup meleraikan konflik dengan bergaya sambil dibumbui oleh elemen aksi dan lucu. Di sini saya melihat terselit sedikit adegan rompakan dalam Orang-Orang Biasa Andrea Hirata yang hidup dan tidak menjemukan. Babak-babak akhir Tan Sri Fachnan seakan sandiwara yang dilakonkan dengan baik sekali. Ji Ah bagi saya bukan saja menjadi Ji Fat, tetapi juga menjelma menjadi Song Sak dalam Fiery Priest dan Seo Mi Ri dalam Vincenzo.

Krystal juga ditumpaskan dengan bergaya dan penuh yakin diri oleh Zara versi baharu. Tidak ada cara lain untuk meleraikan fitnah busuk melainkan dengan bukti dan fakta. Apa yang diperlukan cuma keberanian dan strategi yang baik. Zara akhirnya ‘return with elixir’ berjudul Senandika. Ya, kemenangan moral yang indah.

Melalui Senaskah Hidup, saya melihat K-Lit adalah suatu permulaan yang baik dan segar bagi Alaf 21. Menginspirasi dan membangunkan jiwa terutama bagi pembaca remaja. Saya membayangkan anak-anak yang membesar dengan karya-karya sebegini pada masa lapang mereka, akan tumbuh dengan hati yang besar dan wawasan yang jauh.

Akhir kata, saya memohon maaf kepada Puan Azzah sekiranya ada tulisan yang menyinggung.

Rating peribadi: 3.5/5

#senaskahhidup
#ulasannovel
Profile Image for Hidayah Fauzi.
156 reviews3 followers
November 26, 2023
Buku yang mengisahkan tentang dunia penerbitan dan buku. Mungkin inilah kisah bagaimana terhasilnya imprint karangkraf, K-Lit? Sangat menarik dan banyak belajar perkara baru. Tentang penulis, editor dan orang2 penerbitan juga. Selain itu, banyak ayat2 yang menarik dapat diambil. Ayat motivasi dan menyenangkan. Dan juga puisi2 yang indah. Tahniah dan terima kasih kepada penulis.

Cumanya ada sedikit kekeliruan bilamana watak utama diberitahu 3 orang tetapi satu watak dilihat terlalu menyerlah (mungkin kerana konflik penulis masa mula menulis buku ini - penulis ada nyatakan dalam sesi BBB). Selain itu, watak antagonis kedua perlu digarap dengan lebih dalam supaya kezaliman yang dilakukan oleh antagonis kedua boleh mendera pembaca lagi.

Apapun, cerita yang sangat bagus dan menyeronokkan.
Profile Image for ira.
10 reviews
August 18, 2023
One of my easy and instant five star read for this year.

Got me hook up from the moment I get into second chapter. First chapter tu honestly memang agak confusing sbb there are a lot of scenarios from various places, characters yg kita baru nak kenal, and dalam masa yg sama try to find the correlation. Beberapa kali jugak lah dok pusing2 selak balik page sebelum2 tu tapi as you go through this book, slowly but surely persoalan you akan terjawab.

This book can be considered as fast pace and each chapter tu pendek. Contribute to the factor kenapa susah nak put down this book. Walaupun next thing you know dah scene lain, but I don't feel like benda tu ganggu my focus and minat on certain character or scene. It feels like macam slice of life kdrama where there are a lot of sub plots and you are devouring each of them. I love it. Buat kita berfirkir pun ye jugak.

Another thing I love about this book is there are so many knowledge yg kita boleh dapat berkaitan publishing industry. Walaupun maybe not all of it tapi it's nice to know how publishers paid royalty to authors, how book to drama adaptation's deal dibuat, a little nice bits about marketing and stuff. Penulis jugak ada selitkan pengajaran or peringatan buat kita especially for muslims. Reference to kisah para nabi which I think is a nice touch. Some of it buat kita pondering and take a moment to reflect on ourself.

Romance dalam buku ni is not the main plot tapi it's a nice addition to it. The small talks and banter still manage to make me kick my legs in the air. The awkwardsness between Zara and Helmi masa mula2 diorang kenal seems realistic enough for me. When they slowly progress and get closer I love it even more. Despite the ending yg sangat open, which left me a bit unsatisfied sbb dari klimaks towards the ending where the writer slowly tied the loose ends tu okay dah. BUT, I definitely write a mini essay on MY interpretation for the ending. That's the beautiful thing about an open ending. Suka hatilah you nak conclude apa kan.

I love all the characters in this book. Scene stealer is definitely Muaz. Tak pernah tak gelak kalau ada dia. AND THE VILLAIN MEMANG BETUL2 VILLAIN YA. Rasa nak physically masuk dalam buku ni and let him catch these hands! Dia mcm villan yg mmg you takkan teragak-agak to use violence on him tau. That's how successful the writer wrote her villain. Also, I wish we get a liiiittle bit more progress untuk Ji Ah and that lawyer.

Overall, this book is so good but not without its flaw. However, the plot, character developement, the writing style and how much emotion and enjoyment I pour while reading this book made up for it. Gaya penulisan pun mudah nak faham. So I would definitely recommend this book to family and friends and book lovers.
Profile Image for Beelah.
161 reviews5 followers
September 6, 2023
Saya jarang nak baca kisah cinta sejak2 jadi dewasa ni. Dan saya ingatkan Senaskah Hidup ni naskah cinta semata2. Saya silap! Ceritanya berat kearah secebis kehidupan. Setiap watak ada kisah sendiri, Zara, Ji Ah, Fidel dan Helmi. Ala2 cerita drama korea, mesti ada dua watak utama perempuan dan dua watak utama lelaki, dan semestinya ada cinta tiga segi.

Gaya pencerita yang santai dan ringkas disertai dengan dialog2 lucu.

Ji Ah antara karakter yang saya paling suka. Dia seorang yang beremosi terutama kepada ibunya kerana kisah lampau mereka. Dia cuba atasi kelemahan dia yang ni. Tapi siapa sangka dia pun pandai kung fu. Kerasukan Ji Fat! Siap petik kata2 dari komik Hong Kong lagi. Hahaha

Terlalu banyak kata2 pujangga dalam buku ni yang menarik minat saya. Saya ambil contoh kata2 yang saya paling suka:
"Kebenaran sentiasa akan menang, walaupun tidak diperjuangkan. Walau lambat, walau sukar, walau tampak mustahil, tetap akan menang. Kerana demikian cara Tuhan menunjukkan kekuasaan dan menunaikan janji kepada orang-orang yang beriman" - Azzah AR, 2023.

Teguran juga diselitkan kepada penerbit yang menerbitkan karya2 berunsurkan lucah dan menghalalkannya dengan cara mereka watak suami isteri. Sebenarnya unsur2 lucah tak perlu pun dimasukkan kalau benar karya itu bagus. Boleh ambil contoh novel trilogi The Lord of The Rings. Berkaryalah atas tulisan yang baik seperti dianjurkan dalam agama.

Tak puas hati betul pengakhiran cerita ni. Ya, memang ada kemenangan bagi kebenaran pada pengakhiran kisah plagiat, kisah madrasah bayangan dan kisah pembunuhan keluarga Helmi, namun tiada keputusan siapa pilihan hati Zara. Sesungguhnya, kedua2 lelaki, Fidel dan Helmi, memang sangat sesuai untuk Zara. Saya sokong mana2 pilihan Zara. Kalau saya jadi Zara pun saya keliru. Saya dah buat keputusan sekiranya Zara pilih Fidel, saya akan ambil Helmi, dan sebaliknya, tak gitu? 😆 Jangan pula dua2 pun Zara tak pilih. Jangan la pula ada insan ketiga. 😵 Haish, dilema orang bujang.
Profile Image for Mazila.
103 reviews11 followers
March 28, 2024
Buku ini menceritakan ttg mereka yg terlibat dalam dunia penerbitan buku. Bukan hanya fokus pd kerjaya tetapi juga kehidupan watak-watak utama. Setiap orang mempunyai masalah tersendiri. Lumrah kehidupan yg penuh cabaran. Terpulang pd individu itu mahu mengatasi atau melaluinya dgn cara masing-masing.

Zara, seorang penulis popular dan semua novelnya adalah bestseller. Semuanya menjadi kacau apabila dia dituduh memplagiat hasil karya penulis lain. Apabila teruk dikecam, Zara hilang keyakinan utk berdepan dgn masalah. Dia lebih memilih utk meyembunyikan diri drpd mempertahankan diri sedangkan Zara langsung tidak pernah bersalah.
Fidel, merupakan seorang pemilik syarikat penerbitan. Dia kematian isteri dan kehilangan anaknya. Fidel juga sangat tak sependapat dgn ayahnya iaitu Tan Sri Fachnan.

Helmi, seorang lelaki yg trauma dgn rumah. Helmi tak mampu duduk dalam rumah keluarganya setelah berlaku insiden semua ahli keluarganya terbunuh di dalam rumah. Polis mengkasifiksikan kejadian pembunuhan itu kerana rompakan. Kesan darah ayah, mak dan adiknya buat Helmi fobia dgn rumah. Dia memilih utk menjadi geladangan dan membantu geladangan yg lain walaupun dia mempunyai pekerjaan.

Novel ini lebih kpd realiti kehidupan. Aku suka baca segala yg berkenaan dgn dunia penerbitan buku. Sedikit sebanyak dapat tahu apa behind the scene dalam industrial buku. Juga dimasukkan isu-isu hot yg selalu kita dengar seperti eBook haram yg dijual di shopee, isu plagiat, pembayaran royalti, adaptasi dari novel ke drama atau filem dan lain-lain. Cuma ending aku rasa agak open, jd macam awkward utk tiga watak utama itu. Siapa yg Zara pilih?
June 22, 2024
Everything happens in this book going so fast
-Masa Fidel ade dalam pesawat nak balik ke Malaysia semula tup tup tiba-tiba 3 tahun
-Ade part tak puas hati lagi baca tiba-tiba dah babak yang lain

Main character
Fidel
-ditinggal bini,anak-anak hilang,mak mati,ayah dia problem,
-glad in the end dia jumpa juga anak dia and he moveon+comeback with the Fidel era Hanani(isteri dia)
Zara
-her character development>>>
-berjaya menonjolkan diri semula dan prioritize hak dia
-I wish the author show more Zara relationship with her father more huhu..
Helmi
- among the mc he is my fav, suka dia punya relationship dgn Fidel
-keluarga kene bunuh, pastu PTSD, jadi gelandangan
-puisi-puisi dia memang cheff kiss

Side chr
Ji Ah
-OUR FAV EDITOR!!!! Supportif friend
-ada masalah pendengaran, ada mommy isues but akhirnya berbaik
-the real MVP iykyk
Ayah Fidel (aka orang gila sbb memang gila)
-abusive husband.No other words for this old man.
Mak Fidel
-kena gaslighting dgn suami dia
-paling tak boleh bla dia masih peduli kat suami dia walaupun dah dipukul oleh orang gila itu.
Muaz(HE SO MOOD!! Mencairkan suasna)
Izman(definisi kawan tikam belakang)
And the last one Dr Aqil
-My fav character, fall in love with his advice and words.

Other than that saya suka isu/topik yang diperkatakan/dibawa dalam novel ini
-gelandangan
-idustri penerbit buku
-plagiarisme
-“madrasah”

Conclusion
-masih boleh enjoy untuk dibaca walaupun
-short chapter
-plot rushing
-cliffhanger ending (personal opinion:maybe Zara say yes sebab finally puisi Helmi nak dipublish/dibukukan)
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Sya Razak.
20 reviews
December 21, 2023
4.5/5 ⭐️⭐️⭐️⭐️ Recommended!

"Kalau nak semuanya serba lengkap, serba sempurna,
kena mati dulu.".
"На?"
Kak Kiah tersengih.
"Serba lengkap, serba sempurna ni cuma ada di syurga.
Dan untuk hidup di syurga, kenalah mati dulu."

3 watak utama (Zara, Fidel dan Helmi) yang telah menghadapi titik terendah dalam hidup dan mulai bangkit setelah 3 tahun. Well, trauma memang tak senang nak hilangkan, tapi kita boleh cuba usaha untuk pulih. And that’s what this book tells us to. Slice of life, sedikit humor, romance dia suam-suam kuku je sbb baru nak cinta tiga segi, cerita habis dah hahah. Ada thriller sikit hujung-hujung dia. Hidup Ji Fat! Ada masa ketawa, bunga-bunga, ada masa rasa sebak. Emosi sampai 👍🏻

Nilai murni buku ni banyak walaupun tidak berlatarkan islamik macam novel-novel islamik tapi cara penulis masukkan unsur agama tu tak janggal. Pasal takdir, khususnya. Padat dengan info industri buku. Hal plagiat, royalti, hak cipta intelek, hak moral penulis etc. Benda asas macam mana satu organisasi syarikat penerbitan buku pun diletakkan sekali. And yes, tidak preachy. Kritikan sinis pun ada 👌🏻

Fast-paced, mula2 mcm lost sbb kita macam terpinga-pinga apa yang sedang berlaku. sbb intro dia boleh dibayangkan macam movie semua watak bergerak kesana-kemari sibuk. Maybe sebab aku terus bayangkan suasana PBAKL tu macam mana kot.

“Penulisan ialah perniagaan”. Bitter truth.

Cumanya, ada plot hole dan subplot yang berlaku dengan watak sampingan kurang menyerlah. Kalau buat revamp dengan ending yang definite pun elok jugak 🤝🏻
Profile Image for Farahi Kamaruddin.
12 reviews1 follower
June 5, 2023
Membaca buku ini seolah-olah menonton sebuah Kdrama yang mempunyai 16 episod! Sungguh, terleka dengan setiap babnya. Perkembangan jalan cerita yang tidak meleret dan konflik-konflik yang diselesaikan dengan baik, serta perkembangan watak-watak yang sangat bagus!

Spoiler Alert.

Saya suka dengan watak utamanya, Zarazeff yang jatuh akibat fitnah seorang penulis lain, dan masih berusaha untuk kembali bangkit walau selepas tiga tahun kesnya berlalu. Ya, bukan mudah untuk menghadapi kejatuhan apabila sekian lama menjadi pujaan para peminatnya.

Begitu juga watak Helmi, yang mengalami trauma berpanjangan setelah kematian seluruh ahli keluarganya. Serta Fidel yang masih mengenang kehilangan anaknya. Tapi ketiga-tiganya berusaha, ya, berusaha untuk sembuh dan kembali bangkit, demi semua yang mereka sayangi.

Selain watak-watak utama ini, saya paling suka watak Muaz, iaitu editor di SPH. Muaz seorang scene stealer yang berjaya! Hahah! Saya sukakan lawak hambarnya, selain reaksinya yang kadangkala tidak kena dengan situasi, haha! Begitu juga watak Ji Ah, yang saya tak jangka penulis jadikan watak Ji Ah ini mempunyai masalah pendengaran. Brlliant!

Apa pun, saya sangat berpuas hati dengan karya daripada K-Lit ini. Tahniah buat penerbit dan penulisnya, iaitu Cik puan Azzah AR. Moga lebih banyak lagi karya-karya bermutu seperti ini akan diterbitkan lagi pada masa akan datang!
Displaying 1 - 30 of 55 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.