Pergi ke kandungan

Hari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Bendera PBB
Official nameHari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Also calledHari PBB
TypePertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
CelebrationsPertemuan, perbincangan, pameran, persembahan kebudayaan
Date24 Oktober
Frequencytahunan
Related toHari Pembangunan Maklumat Dunia

Hari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu diperingati pada 24 Oktober setiap tahun untuk memperingati pemeteraian Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu. Piagam tersebut dideklarasikan pada tahun 1947 oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Hari PBB diraikan untuk memberitahu kepada masyarakat mengenai tujuan dan pencapaian PBB.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu secara kebiasaannya diraikan di seluruh dunia dengan berbagai pertemuan, perbincangan, dan pameran mengenai pencapaian dan tujuan dari PBB. Pada tahun 1971, Perhimpunan Agung PBB mencadangkan kepada negara-negara anggota untuk menjadikan hari ini sebagai hari cuti.

Beberapa sekolah antarabangsa di seluruh dunia juga meraikan kepelbagaian murid-muridnya dengan Hari PBB. Perayaan ini sering kali melibatkan pertunjukan budaya di malam hari dan pesta makanan yang menyediakan makanan dari seluruh dunia.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • (dalam bahasa Inggeris) UN Day