Pergi ke kandungan

Lima Bangsa Gasar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lima Bangsa Gasar, atau Wu Hu (Bahasa Cina: 五胡pinyin: Wǔ Hú), ialah gelaran eksonim sejarah China untuk lima puak purba "Hu" bukan Han yang berhijrah ke utara China dalam dinasti Han Timur, kemudian menggulingkan dinasti Jin Barat dan menubuhkan kerajaan mereka sendiri pada abad ke-4 – 5.[1][2][3][4] Bangsa-bangsa yang dikategorikan sebagai Lima Bangsa Gasar ialah:[1][3][5]

Daripada lima kumpulan etnik berpuak ini, Xiongnu dan Xianbei adalah orang nomad dari tataran utara. Identiti etnik Xiongnu tidak pasti, tetapi Xianbei nampaknya daripada rumpun Mongolik. Orang Jie, satu lagi bangsa pastoral, mungkin cabang bangsa Xiongnu, yang mungkin adalah kaum Yenisei atau Iran.[6][7][8] Bangsa Di dan Qiang berasal dari tanah tinggi di barat China.[9] Orang Qiang kebanyakannya pengembala dan bertutur dalam bahasa Sino-Tibet (Tibet-Burma), manakala Di adalah petani yang mungkin bertutur dalam bahasa Cina-Tibet[10] atau Turkik.[11]

Istilah "Lima Bangsa Gasar" biasanya digunakan untuk merujuk kepada kumpulan etnik bukan Han semasa zaman Enam Belas Kerajaan pada abad ke-4 dan awal abad ke-5, walaupun sebenarnya kaum-kaum lain seperti Dingling dan Wuhuan juga wujud di samping lima bangsa itu pada zaman tersebut. Malah dalam kalangan keluarga pemerintah Enam Belas Kerajaan, suku Li dari Cheng-Han ialah kaum Ba-Di, dengan Ba merujuk kepada latar belakang Lelaki Bandun atau Cong (賨), manakala suku Juqu dari Liang Utara, walaupun sering digolongkan sebagai Xiongnu, adalah daripada etnik Lushuihu. Gao Yun, yang sama ada pemerintah terakhir Yan Kemudian atau pemerintah pertama Yan Utara, juga etnik Goguryeo.

  1. ^ a b A History of Chinese Civilization, Jacques Gernet, Cambridge University Press 1996 P.186-87
  2. ^ Michio Tanigawa & Joshua Fogel, Medieval Chinese Society and the Local "community" University of California Press 1985 p. 120-21
  3. ^ a b Peter Van Der Veer, "III. Contexts of Cosmopolitanism" in Steven Vertovec, Robin Cohen eds., Conceiving Cosmopolitanism: Theory, Context and Practice Oxford University Press 2002 p. 200-01
  4. ^ John W. Dardess, Governing China: 150-1850 Hackett Publishing 2010 p. 9
  5. ^ "The Sixteen States of the Five Barbarian Peoples 五胡十六國 (www.chinaknowledge.de)".
  6. ^ Vovin, Alexander. "Did the Xiongnu speak a Yeniseian language?". Central Asiatic Journal 44/1 (2000), pp. 87-104.
  7. ^ Lewis, Mark Edward (2009). China between Empires: The Northern and Southern Dynasties. Harvard University Press. p. 82-83.
  8. ^ Lee, Joo-Yup; Kuang, Shuntu (2017-10-18). "A Comparative Analysis of Chinese Historical Sources and y-dna Studies with Regard to the Early and Medieval Turkic Peoples". Inner Asia. 19 (2): 197–239. doi:10.1163/22105018-12340089. ISSN 2210-5018.
  9. ^ A History of Chinese Civilization, Jacques Gernet, Cambridge University Press 1996 P.186-87
  10. ^ (Chinese) 段渝, 先秦巴蜀地区百濮和氐羌的来源 Diarkibkan 2018-09-08 di Wayback Machine 2006-11-30
  11. ^ Guo Ji Zhongguo Yu Yan Xue Ping Lun, Volume 1, Issue 1, J. Benjamins 1996. page 7.