Media Selangor Sdn. Bhd.

Media Selangor Sdn. Bhd.

Penerbitan Media

Shah Alam, Selangor Darul Ehsan 4,074 pengikut

Media Selangor merupakan Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor. Anak syarikat Menteri Besar Selangor Incorporated.

Perihal kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB) merupakan anak syarikat di bawah Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) dan ditubuhkan sebagai media rasmi Kerajaan Negeri Selangor sejak 2009. Dengan slogan "Maju Bersama Selangor", MSSB menempa nama untuk menjadi mata dan telinga Selangor, menyalurkan maklumat terkini di negeri ini kepada rakyat Selangor yang tinggal di segenap daerah, iaitu Gombak, Hulu Langat, Hulu Selangor, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Sabak Bernam dan Sepang. Beberapa penerbitan surat khabar percuma dan juga laman berita bernaung di bawah MSSB, termasuk platform berita SelangorKini, tersedia dalam Bahasa Malaysia, Mandarin, dan Tamil, dan edisi Bahasa Inggerisnya Selangor Journal, yang juga merangkumi berita perniagaan, kewangan dan ekonomi. MSSB memberi pengalaman media 360 yang merangkumi cetak, iklan digital, video, media sosial, Out-of-Home Media (OOHM), TV Indoor Digital Media (TVIDM) dan kempen dengan tujuan untuk menghasil dan mengurus kandungan yang holistik dan dipercayai pada masa sama mengetengahkan sumber berita tempatan, asli dan secara langsung untuk rakyat Selangor. Ini juga merangkumi liputan berita di peringkat nasional dan antarabangsa. MSSB juga berfungsi untuk menyampaikan inisiatif dan aktiviti Kerajaan Negeri Selangor, maklumat, polisi, dan juga berperanan sebagai jambatan antara Pentadbiran Negeri dan rakyat Selangor. Secara keseluruhan, MSSB juga menawarkan perkhidmatan lain termasuk promosi produk, ulasan produk, fotografi korporat dan videografi, penghasilan audio dan video, pembuatan dan penyusunan kandungan, kempen kreatif, karya editorial korporat dan penulisan iklan, serta pengurusan acara. Pasukan MSSB didorong untuk memberi maklumat, menghibur, memberi inspirasi dan berinteraksi dengan orang ramai melalui idea, penerbitan, edaran dan keseluruhannya!

Laman web
https://selangorkini.my/
Industri
Penerbitan Media
Saiz syarikat
51-200 pekerja
Ibu pejabat
Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Jenis
Agensi Kerajaan
Ditubuhkan
2009
Pengkhususan
media, newspaper, social media, advertising , marketing, branding, publication, digital, website, ground engagement, mobile app, press releases, activation, events, news coverages, TikTok, advertorials, email direct mailer , branded content , content marketing

Lokasi

  • Utama

    Aras 11, Menara Bank Rakyat, No 1 Jalan Indah 14/8, Seksyen 14

    Shah Alam, Selangor Darul Ehsan 40000, MY

    Dapatkan arah

Pekerja di Media Selangor Sdn. Bhd.

Kemas Kini

Laman yang serupa