Mainkan bunyi yang sama di kedua-dua AirPods anda
Apabila anda menggunakan AirPods yang disokong dengan iPhone, iPad, Apple Watch, atau Mac, anda boleh menggunakan Audio Mono, berbanding bunyi stereo, untuk memainkan kandungan yang sama di kedua-dua telinga.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Pada iPhone atau iPad: Pergi ke Seting > Kebolehcapaian > Audio/Visual, kemudian aktifkan Audio Mono.
Pada Apple Watch: Pergi ke Seting > Kebolehcapaian, kemudian aktifkan Audio Mono di bawah Pendengaran.
Pada Mac: Pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Kebolehcapaian dalam bar sisi (anda mungkin perlu skrol ke bawah). Klik Audio di sebelah kanan, kemudian aktifkan “Mainkan audio stereo sebagai mono”.
Nota: Apabila anda menggunakan Audio Mono, anda tidak boleh menggunakan Audio Ruang dan penjejakan kepala.