Uruskan seting media dan pembelian untuk Apple ID anda pada Mac
Gunakan seting Media & Pembelian Apple ID untuk memerlukan Touch ID atau kata laluan bagi muat turun percuma dan pembelian daripada App Store, iTunes Store, Apple Books dan Apple TV.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik [nama anda] di bahagian atas bar sisi.
Jika anda tidak melihat nama anda, klik “Daftar masuk dengan Apple ID anda”, masukkan Apple ID anda (atau alamat e-mel atau nombor telefon lain pada fail), kemudian masukkan kata laluan anda. Jika anda tidak mempunyai Apple ID, anda boleh mencipta satu.
Klik Media & Pembelian.
Nota: Anda mesti mendaftar masuk dengan Apple ID anda ke App Store, iTunes Store, Apple Books atau Apple TV untuk mengakses seting Media & Pembelian.
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Lihat dan kemas kini seting Apple ID yang anda gunakan untuk pembelian daripada App Store, iTunes Store, Apple Books atau Apple TV: Klik Urus bersebelahan Akaun.
Lihat dan kemas kini langganan semasa anda untuk Apple Music, Apple News dan banyak lagi: Klik Urus bersebelahan Langganan.
Perlukan Touch ID untuk muat turun percuma dan pembelian: Aktifkan Gunakan Touch ID untuk Pembelian bagi memerlukan Touch ID untuk menyelesaikan muat turun percuma dan pembelian daripada App Store, iTunes Store, Apple Books dan Apple TV.
Perlukan kata laluan untuk muat turun percuma dan pembelian: Jika anda tidak mengaktifkan Gunakan Touch ID untuk Pembelian, anda boleh memilih untuk memerlukan kata laluan apabila memuat turun kandungan percuma, membeli sesuatu daripada App Store, iTunes Store, Apple Books atau Apple TV, atau membuat pembelian dari dalam app.
Untuk mengesetkan pilihan bagi muat turun percuma, klik menu timbul bersebelahan Muat Turun Percuma dan pilih Sentiasa Diperlukan atau Tidak Diperlukan.
Untuk mengesetkan pilihan bagi pembelian, klik menu timbul bersebelahan Pembelian dan Pembelian In-App, kemudian pilih Sentiasa Diperlukan, Tidak Diperlukan atau “Diperlukan selepas 15 minit” untuk memerlukan kata laluan hanya selepas tempoh 15 minit berlalu sejak pembelian terakhir.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menukar maklumat akaun Apple ID anda pada tapak web Apple ID, lihat halaman akaun Apple ID anda.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menggabungkan langganan Apple anda, lihat artikel Sokongan Apple Pakejkan langganan Apple dengan Apple One.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang menukar seting akaun Apple ID menggunakan iPhone atau iPad anda, lihat Daftar masuk ke iPhone anda dengan Apple ID atau Daftar masuk ke iPad anda dengan Apple ID.