Dengar muzik bersama menggunakan SharePlay dalam Apple Music di web
Apabila anda menggunakan Apple Music di web, anda boleh menyertai sesi SharePlay daripada CarPlay untuk mendengar muzik bersama dengan orang lain di dalam kereta.
Nota: Anda mesti mendaftar masuk dengan Apple ID anda, tetapi anda tidak perlu melanggan Apple Music untuk menyertai sesi SharePlay. Hanya pemandu perlu menjadi pelanggan Apple Music.
Untuk menggunakan SharePlay di dalam kereta, pemandu mula memainkan muzik daripada iPhone mereka (dengan iOS 17 atau lebih baharu) menggunakan CarPlay atau Bluetooth® dan kemudian memulakan sesi SharePlay. Kod QR dijanakan, yang penumpang gunakan untuk menyertai sesi SharePlay.
Dapatkan kod QR daripada orang yang menjanakannya (contohnya, pemandu). Atau, jika anda berada dalam kereta dan boleh mengakses skrin Kini Dimainkan dalam CarPlay, ketik butang SharePlay untuk memaparkan kod QR pada skrin CarPlay.
Buka app Kamera pada peranti anda, halakan kamera anda pada kod QR, kemudian klik URL Muzik yang kelihatan di bawah kod QR untuk meminta sambungan.
Ikuti arahan atas skrin untuk bersambung ke SharePlay.
Selepas pemandu menerima permintaan anda untuk bersambung, sesi SharePlay dibuka di music.apple.com/my .
Semasa mendengar bersama, lakukan mana-mana yang berikut:
Kawal main balik (jedakan muzik, pergi ke lagu seterusnya dan banyak lagi): Klik butang dalam kawalan main balik.
Urus baris gilir Seterusnya dikongsi: Tambah lagu, album dan senarai main ke baris gilir, keluarkan muzik dan banyak lagi. Lihat Baris gilir lagu anda.
Lihat lirik: Lihat lirik, termasuk Pemain Skrin Penuh. Lihat Lihat lirik lagu.
Jemput peserta lain ke sesi: Klik butang SharePlay , kemudian kongsi kod QR dengan orang lain.
Nota: Nombor dalam butang SharePlay menunjukkan bilangan orang yang mendengar bersama.
Untuk meninggalkan sesi SharePlay, klik butang SharePlay , kemudian klik Tinggalkan.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menggunakan SharePlay dan CarPlay, lihat Mainkan muzik bersama dalam kereta dengan iPhone.