Tandakan item sebagai kegemaran dalam Apple Music pada Windows
Anda boleh menandakan item sebagai “kegemaran” dalam Muzik untuk menjadikannya lebih mudah dicari. Jika anda melanggan Apple Music, anda boleh mendapat pemberitahuan pada keluaran baharu daripada artis kegemaran anda dan kembali ke muzik mereka dengan mudah daripada skrin Laman Utama.
Nota: Apple Music tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.
Tambah item sebagai kegemaran
Dalam app Apple Music pada Windows, lakukan mana-mana daripada berikut:
Tambah album kegemaran: Pilih Terbaru Ditambah atau Album dalam bar sisi, pilih album, pilih butang Lagi untuk album, kemudian pilih Kegemaran.
Tambah lagu kegemaran: Pilih Lagu dalam bar sisi, gerakkan penuding ke atas mana-mana lagu, pilih butang Lagi untuk lagu, kemudian pilih Kegemaran.
Apabila anda menandakan lagu sebagai kegemaran, ia kelihatan dalam senarai main Lagu Kegemaran (di bawah Senarai Main dalam bar sisi). Selain itu, ia ditambah secara automatik ke pustaka anda.
Untuk menambah lagu sebagai kegemaran tanpa menambahnya ke pustaka anda, pilih butang Tindakan Bar Sisi di bahagian atas bar sisi, pilih Seting, pilih Lanjutan, pilih anak panah Tunjukkan , kemudian nyahaktifkan Kegemaran di bawah “Tambah lagu ke Pustaka apabila menambah ke”.
Tambah senarai main kegemaran: Pilih senarai main dalam bar sisi, pilih butang Lagi untuk senarai main, kemudian pilih Kegemaran.
Tambah artis kegemaran: Klik Artis dalam bar sisi, pilih artis, kemudian pilih butang Kegemaran di sebelah kanan nama mereka.
Jika anda melanggan Apple Music dan anda menambah artis sebagai kegemaran, anda menerima pemberitahuan secara automatik apabila mereka mengeluarkan muzik baharu.
Item kegemaran anda boleh dikenal pasti dengan mudah dengan butang Digemari yang diserlahkan . Anda juga boleh mencari item kegemaran dengan mudah dalam pustaka muzik anda—pilih sebarang pilihan di bawah Pustaka, pilih menu timbul Isih di penjuru kanan atas, kemudian pilih Hanya Kegemaran.
Keluarkan item sebagai kegemaran
Dalam app Apple Music pada Windows, pilih sebarang pilihan di bawah Pustaka atau senarai main dalam bar sisi.
Item kegemaran anda boleh dikenal pasti dengan butang Digemari yang diserlahkan .
Lakukan mana-mana yang berikut:
Pilih butang Digemari untuk nyahpilihnya.
Pilih butang Lagi , kemudian pilih Digemari untuk mengeluarkan tanda semak.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara Apple Music melindungi maklumat anda dan membolehkan anda memilih perkara yang anda kongsi, pilih butang Tindakan Bar Sisi di bahagian atas bar sisi, pilih Seting, kemudian pilih Perihal Apple Music & Privasi di bahagian bawah tetingkap Seting.