Urus pengesyoran yang kelihatan dalam Laman Utama dalam app Apple TV
Dalam Laman Utama, anda boleh mendapatkan pengesyoran yang disesuaikan hanya untuk anda, anda berdua atau anda semua, bergantung pada bilangan pengguna yang anda telah tambah pada Apple TV. Pengesyoran Untuk Anda Semua mengambil kira setiap citarasa individu pengguna dan sejarah tontonan untuk mencari sesuatu yang bersesuaian dengan semua orang.
Filem dan rancangan yang dikongsi daripada app Mesej pada iPhone, iPad atau Mac juga kelihatan dalam Laman Utama. Anda boleh menonton item Dikongsi dengan Anda pada Apple TV, kemudian membalas kepada penghantar menggunakan app Mesej pada iPhone, iPad atau Mac.
Sediakan pengesyoran Untuk Anda, Untuk Anda Berdua atau Untuk Anda Semua
Buka bar sisi dalam app Apple TV pada Apple TV, kemudian pilih Laman Utama.
Navigasi ke bawah ke baris Untuk Anda, kemudian pilih butang Sediakan di penjuru kanan atas baris.
Pilih satu atau lebih profil pengguna untuk menambah atau mengeluarkan.
Jika pengguna tidak kelihatan, pilih Tambah Pengguna ke Apple TV, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Apabila anda selesai, pilih OK.
Layari pengesyoran Dikongsi dengan Anda
Apabila seseorang menghantar pengesyoran filem dan rancangan kepada anda dalam app Mesej, pengesyoran mereka kelihatan dalam Laman Utama dalam app Apple TV.
Nota: Pengesyoran Dikongsi dengan Anda hanya kelihatan untuk akaun pengguna lalai pada Apple TV. Untuk melihat pengesyoran pada Apple TV, anda mestilah mendayakan Dikongsi dengan Anda pada peranti iOS atau iPadOS anda terlebih dahulu, kemudian mengesahkan pada Apple TV. Untuk menukar akaun pengguna lalai, lihat Sediakan berbilang pengguna pada Apple TV.
Buka bar sisi dalam app Apple TV pada Apple TV, kemudian pilih Laman Utama.
Navigasi ke bawah pada baris Dikongsi dengan Anda untuk melihat pengesyoran dihantar kepada anda daripada app Mesej pada peranti iOS, iPadOS atau macOS.
Nama dan ikon penghantar kelihatan bersebelahan filem atau rancangan.
Pilih item untuk memainkannya.
Selepas anda menonton item Dikongsi dengan Anda pada Apple TV, anda boleh meneruskan perbualan dengan membalas secara terus ke rentetan asal dalam app Mesej pada peranti iOS, iPadOS atau macOS.
Aktifkan atau nyahaktifkan Untuk Anda Semua
Buka Seting pada Apple TV.
Pergi ke Pengguna dan Akaun, kemudian pilih pengguna.
Skrol ke bawah, kemudian pilih Untuk Anda Semua untuk memilih Sertakan Saya atau Jangan Sertakan Saya.
Ulang langkah di atas untuk setiap pengguna (disenaraikan sebagai Pengguna Lalai atau Pengguna Tambahan) yang anda mahu sertakan atau tidak sertakan.
Aktifkan atau nyahaktifkan Dikongsi dengan Anda
Buka Seting pada Apple TV.
Pergi ke Pengguna dan Akaun, kemudian pilih pengguna yang disenaraikan sebagai Pengguna Lalai.
Pilih Dikongsi dengan Anda.
Jika anda mengaktifkan Dikongsi dengan Anda, pilih Benarkan pada Peranti ini, kemudian sahkan dengan pemberitahuan yang kelihatan pada iPhone atau iPad anda.