Lihat memori foto pada Apple TV
Kategori Memori dalam app Foto menyusun foto dan video yang sudah lama anda tidak lihat atau fikirkan secara automatik. Perjalanan, peristiwa dan detik ditunjukkan sebagai filem pendek yang anda boleh tonton pada skrin besar.
Untuk mendapatkan memori pada Apple TV, anda perlu memautkan foto dan video pada peranti iOS, peranti iPadOS, atau Mac lain ke akaun Foto iCloud yang sama. Memori terbaik yang dicipta pada peranti tersebut akan menjadi tersedia secara automatik pada Apple TV anda.
Anda tidak boleh mencipta atau mengedit memori pada Apple TV, tetapi anda boleh melihat semua foto dan video dalam garis masa dan langkau ke foto atau video kegemaran anda semasa main balik.
Anda juga boleh mengesetkan memori untuk kelihatan sebagai penyelamat skrin pada Apple TV. Lihat Cipta penyelamat skrin foto pada Apple TV.
Aktifkan akses ke memori daripada iCloud
Buka Seting pada Apple TV.
Pergi ke Pengguna dan Akaun > [nama akaun pengguna lalai], pilih Foto, kemudian aktifkan kedua-dua Foto iCloud dan Tunjukkan Memori.
Layari memori anda
Buka app Foto pada Apple TV, navigasi ke kategori Memori dalam bar menu, kemudian layari mana-mana memori dalam baris Tonton Seterusnya atau navigasi ke bawah untuk melayari Kegemaran.
Mainkan memori dan kawal main balik
Dalam kategori Memori app Foto pada Apple TV, pilih filem untuk memainkannya.
Semasa main balik, lakukan mana-mana yang berikut:
Jeda atau main: Pada Siri Remote, tekan butang Main/Jeda , atau tekan butang tengah pad klik atau permukaan sentuh.
Pergi balik ke foto atau video sebelumnya atau langkau ke foto atau video seterusnya: Tekan sebelah kiri atau kanan pada gelang pad klik (Siri Remote generasi ke-2 atau lebih baharu) atau permukaan sentuh (Siri Remote generasi pertama).
Langkau ke foto atau video khusus: Tunjukkan kawalan main balik, kemudian navigasi ke garis masa foto dan pilih foto atau video.
Mulakan main balik daripada permulaan: Tunjukkan kawalan main balik, kemudian pilih butang Main Semula .
Tambah memori ke Kegemaran anda: Tunjukkan kawalan main balik, kemudian pilih butang Kegemaran .
Lihat info lanjut: Tunjukkan kawalan main balik, kemudian navigasi ke bawah untuk melihat maklumat lanjut seperti muzik yang digunakan dan jumlah bilangan item.
Apabila main balik selesai, memori seterusnya dalam baris gilir mula dimainkan secara automatik.
Untuk menukar seting main balik seperti muzik dan tempoh, lihat maklumat lanjut tentang orang atau lokasi, atau edit memori, buka memori dalam Foto pada iPhone, iPad atau Mac yang dipautkan ke akaun Foto iCloud yang sama. Sebarang perubahan yang anda lakukan dikemas kini secara automatik pada Apple TV.
Padam atau tambah memori ke kegemaran
Dalam kategori Memori app Foto pada Apple TV, navigasi ke memori, tekan dan tahan butang tengah pad klik (Siri Remote generasi ke-2 atau lebih baharu) atau permukaan sentuh (Siri Remote generasi pertama), kemudian pilih mana-mana yang berikut:
Tambah ke (atau Keluarkan daripada) Memori Kegemaran: Tambah atau keluarkan memori daripada album Memori Kegemaran yang ditemui dalam kategori Album app Foto.
Padamkan Memori: Padamkan memori secara kekal pada Apple TV dan pada semua peranti yang disambungkan ke akaun Foto iCloud anda.