Gunakan Apple TV untuk memainkan audio di seluruh rumah anda
Apple TV boleh bertindak sebagai hab untuk memainkan audio di seluruh rumah pada peranti seperti:
Fon kepala wayarles seperti AirPods, AirPods Pro, AirPods Max atau fon kepala Bluetooth
Speaker wayarles seperti speaker didayakan HomePod dan AirPlay 2 pada rangkaian yang sama, atau speaker Bluetooth (lihat Gunakan AirPlay untuk strim audio dan video pada Apple TV)
Speaker berwayar yang disambungkan ke penerima teater rumah atau TV yang disambungkan ke Apple TV dengan kabel HDMI
Kawal audio pada berbilang peranti didayakan AirPlay 2
Anda boleh menghantar audio daripada Apple TV kepada satu atau lebih peranti didayakan AirPlay 2 (seperti HomePod dan speaker dan TV pintar lain) yang disambungkan ke rangkaian yang sama di dalam rumah anda. Anda juga boleh menghantar audio daripada speaker AirPlay 2 seperti HomePod ke Apple TV.
Sebelum anda bermula, pastikan anda telah menyediakan peranti anda dalam app Rumah pada peranti iOS, iPadOS atau macOS (Catalina atau lebih baharu). Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Panduan Pengguna iPhone.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Tekan dan tahan butang TV pada Siri Remote untuk membuka Pusat Kawalan, pilih tab Seting Umum , kemudian pilih butang Kawalan Audio .
Jika anda melihat butang Kawalan Audio dalam app, pilihnya.
Senarai peranti audio tersedia kelihatan, disusun mengikut bilik (seperti ditetapkan dalam app Rumah pada peranti iOS, iPadOS atau macOS anda).
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Hantar audio daripada Apple TV ke speaker di dalam bilik lain: Navigasi ke bawah, kemudian pilih satu peranti atau beberapa peranti. Lagu yang sedang dimainkan kelihatan di bahagian atas skrin di bawah perihalan bilik yang anda pilih (sebagai contoh, Bilik Tamu + Bilik Makan).
Petua: Jika Apple TV anda disambungkan ke penerima teater rumah atau TV menerusi kabel HDMI (ditunjukkan atas skrin sebagai Speaker Penerima), anda mungkin perlu mengkalibrasi isyarat audio supaya audio diselaraskan dengan speaker wayarles di tempat lain di dalam rumah anda. Lihat “Kalibrasikan audio antara speaker berwayar dan wayarles anda” di bawah.
Sesetengah penerima teater rumah dan TV pintar yang juga menyokong AirPlay mungkin kelihatan dua kali dalam senarai—sebagai Speaker Penerima (disambungkan menerusi HDMI) dan sebagai speaker AirPlay. Untuk kualiti audio terbaik, pilih Speaker Penerima.
Hantar audio daripada speaker di dalam bilik lain ke Apple TV: Navigasi ke atas untuk menyerlahkan lagu yang sedang dimainkan, navigasi ke kanan untuk menyerlahkan bilik lain, kemudian navigasi ke bawah dan pilih Apple TV. Lagu yang dimainkan di dalam bilik lain kelihatan dihimpunkan dengan Apple TV.
Laraskan kelantangan peranti di dalam bilik lain: Navigasi ke kanan dalam baris atas untuk memilih bilik lain, kemudian tekan butang atau pada Siri Remote.
Nota: Jika anda memilih fon kepala daripada senarai pilihan output, speaker peranti lain dinyahaktifkan.
Gunakan HomePod dengan Apple TV 4K untuk stereo dan bunyi teater rumah
Anda boleh menggunakan speaker HomePod dengan Apple TV 4K untuk mencipta bunyi yang memenuhi bilik dalam berbilang konfigurasi:
Gunakan satu atau dua speaker HomePod untuk bunyi stereo.
Gunakan dua speaker HomePod yang dipasangkan untuk pemisahan stereo sebenar.
Gunakan dua speaker HomePod dipasangkan (generasi pertama atau lebih baharu) untuk bunyi keliling teater rumah (Dolby Atmos, Dolby Digital 7.1 dan Dolby Digital 5.1).
Nota: HomePod mini tidak menyokong bunyi keliling teater rumah.
Tambahan, jika anda mempunyai Apple TV 4K (generasi ke-2 atau lebih baharu), anda boleh memainkan audio pada speaker HomePod anda daripada peranti seperti pemain DVD atau konsol permainan yang disambungkan ke TV yang menyokong eARC dengan kabel HDMI. Lihat Sediakan Apple TV.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang menyediakan HomePod, lihat Panduan Pengguna HomePod.
Sebelum anda bermula, pastikan untuk menetapkan bilik ke Apple TV anda. HomePod (atau pasangan stereo HomePod) anda mestilah bersambung ke rangkaian yang sama dan disediakan di dalam bilik yang sama seperti Apple TV 4K anda menggunakan app Rumah pada peranti iOS, iPadOS atau macOS (Catalina atau lebih baharu).
Buka Seting pada Apple TV 4K.
Pergi ke Video dan Audio > Output Audio, kemudian pilih HomePod (atau pasangan stereo HomePod).
Nota: Seting ini menghalakan semua bunyi, termasuk klik navigasi, daripada Apple TV ke HomePod anda. Hanya speaker HomePod boleh dipilih untuk output audio lalai. Speaker HomePod mini hanya menyokong stereo. Jika anda memilih speaker wayarles lain untuk sementara waktu, bunyi teater rumah dan klik navigasi tidak disokong, serta pilihan speaker anda direset selepas Apple TV ditidurkan.
Jika anda menggunakan pasangan stereo HomePod, letakkan speaker di setiap sisi TV.
Untuk bunyi keliling terbaik, letakkan HomePod dalam jarak 10 inci dari dinding dan paling hampir ke bahagian tengah TV anda. Untuk bunyi keliling optimum, speaker HomePod mestilah dalam jarak 4 kaki antara satu sama lain.
Petua: Anda boleh menggunakan HomePod untuk mengawal Apple TV dengan perintah Siri. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Gunakan Siri untuk mengawal Apple TV daripada HomePod, iPhone atau iPad anda.
Akses Audio Ruang dan kawalan bunyi untuk AirPods pada Apple TV 4K
Apabila anda menyambungkan AirPods (generasi ke-3), AirPods Pro atau AirPods Max ke Apple TV 4K, anda boleh mengaktifkan Audio Ruang untuk mendengar dalam persekitaran seperti teater yang imersif dengan bunyi yang mengelilingi anda.
Apple TV 4K juga menyokong Audio Ruang Diperibadikan, yang menggunakan imbasan tersuai geometri telinga anda untuk bunyi yang lebih baik. Untuk merasai ciri ini, anda perlu menyediakan profil Audio Ruang pada iPhone menggunakan Apple ID yang sama seperti pengguna pertama pada Apple TV 4K anda. Profil tambahan tidak disokong. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Panduan Pengguna AirPods.
AirPods Pro dan AirPods Max juga menawarkan kawalan untuk pembatalan bunyi (untuk menala bunyi luaran keluar) dan ketelusan (untuk mendengar bunyi di sekeliling anda). AirPods Pro (generasi ke-2) menawarkan kawalan untuk Audio Ruang, yang menyesuaikan secara automatik untuk mengurangkan bunyi kuat atau meningkatkan perbualan sementara mengurangkan bunyi latar belakang.
Semasa duduk berdekatan Apple TV 4K anda, pakai AirPods (generasi ke-3), AirPods Pro atau AirPods Max anda.
Jika anda tidak menerima pemberitahuan atas skrin, ikuti arahan ini untuk menyambungkan AirPods anda.
Tekan dan tahan butang TV pada Siri Remote untuk membuka Pusat Kawalan, kemudian pilih tab AirPods .
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Pilih jenis kawalan bunyi yang anda mahu (AirPods Pro atau AirPods Max sahaja): Pilih Kawalan Bunyi, kemudian pilih Pembatalan Bunyi, Ketelusan atau Tak Aktif.
Aktifkan atau nyahaktifkan kawalan Audio Ruang (jika tersedia): Pilih Audio Ruang, kemudian pilih Kepala Dijejak, Tetap atau Tak Aktif.
Aktifkan atau nyahaktifkan Audio Ruang Diperibadikan (jika tersedia): Pilih Stereo Diperibadikan.
Aktifkan Audio Adaptif untuk AirPods Pro (generasi ke-2 sahaja): Pilih Audio Adaptif, kemudian aktifkan Pengurangan Bunyi Kuat untuk mengurangkan bunyi kuat di sekeliling anda secara automatik, atau aktifkan Kesedaran Perbualan untuk menurunkan kelantangan semasa perbualan secara automatik dan meningkatkan suara di depan anda, semuanya sementara mengurangkan bunyi latar belakang.
Kongsi audio dengan fon kepala kedua: Pilih Kongsi Audio, kemudian ikuti arahan atas skrin untuk memasangkan pasangan fon kepala yang kedua.
Nota: Audio Ruang tanpa Penjejakan Kepala tersedia jika anda berkongsi audio dengan sepasang AirPods lain. Kawalan AirPods kelihatan dalam Pusat Kawalan hanya apabila pengguna mendaftar masuk pada Apple TV menggunakan Apple ID sama yang dikaitkan dengan AirPods. Untuk menukar pengguna, lihat Tukar pengguna dalam tab Profil pada Apple TV.
Apabila anda selesai membuat perubahan, tekan butang Balik (Siri Remote generasi ke-2 atau lebih baharu) atau butang (Siri Remote generasi pertama).
Untuk menyahaktifkan pengesanan AirPods automatik, buka Seting pada Apple TV, kemudian pergi ke Remote dan Peranti > Bluetooth dan nyahaktifkan Cadangkan AirPods Berdekatan.
Keutamaan AirPods tambahan tersedia dalam Seting. Lihat Setkan kawalan AirPods pada Apple TV.
Kongsi audio daripada Apple TV 4K dengan fon kepala kedua
Untuk tontonan peribadi, anda boleh menghantar audio daripada Apple TV 4K kepada sehingga dua pasang fon kepala wayarles Apple yang serasi, seperti AirPods atau Powerbeats Pro.
Nota: Perkongsian audio tidak disokong pada Apple TV HD. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang fon kepala yang disokong, lihat artikel Sokongan Apple Kongsi audio dengan AirPods atau fon kepala Beats.
Tekan dan tahan butang TV pada Siri Remote untuk membuka Pusat Kawalan, kemudian pilih tab AirPods .
Jika anda tidak melihat fon kepala anda, ikuti arahan dalam Cari dan bersambung ke peranti Bluetooth berdekatan.
Pilih Kongsi Audio, kemudian ikuti arahan atas skrin untuk memasangkan pasangan fon kepala yang kedua.
Kalibrasikan audio antara speaker berwayar dan wayarles anda
Jika Apple TV anda disambungkan ke penerima teater rumah atau TV menggunakan kabel HDMI, anda mungkin mengalami kependaman audio, tundaan yang kedengaran seperti gema apabila memainkan audio pada kedua-dua speaker penerima dan speaker wayarles.
Anda boleh menggunakan iPhone untuk mengkalibrasi isyarat audio pada Apple TV anda supaya semua speaker bermain dengan selaras.
Buka Seting pada Apple TV.
Pergi ke Video dan Audio, kemudian skrol ke bawah ke Kalibrasi.
Pilih Penyelarasan Audio Wayarles, kemudian ikuti arahan atas skrin untuk menggunakan iPhone anda bagi menyelaraskan speaker anda.
Nota: Semasa kalibrasi, pastikan anda memegang iPhone anda berdekatan speaker TV atau penerima anda. Apple TV memainkan nada menerusi speaker berwayar anda untuk mengukur kependaman audio/visual TV, kemudian ia memadankan output untuk speaker wayarles.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Laraskan seting video dan audio pada Apple TV.