Lihat Foto iCloud dan Pustaka Foto Dikongsi pada Apple TV
Dalam app Foto , foto, Live Photos dan video daripada Foto iCloud anda kelihatan dalam kategori Pustaka dalam bar menu. Album Foto iCloud anda kelihatan dalam kategori Album dalam bar menu.
Jika anda telah menyediakan Pustaka Foto Dikongsi iCloud pada iPhone, iPad atau Mac, anda boleh melihat foto dan video dalam pustaka peribadi, dikongsi atau digabungkan anda pada Apple TV.
Aktifkan akses ke foto daripada iCloud
Buka Seting pada Apple TV.
Pergi ke Pengguna dan Akaun > [nama akaun pengguna lalai], kemudian pilih Foto dan aktifkan Foto iCloud.
Lihat item Foto iCloud anda
Buka app Foto pada Apple TV, kemudian navigasi ke kategori Pustaka dalam bar menu.
Navigasi ke atas atau bawah untuk menskrol menerusi item, yang disusun mengikut tarikh dan lokasi.
Petua: Jika anda mempunyai pustaka yang besar dengan koleksi foto bertahun-tahun, lakukan salah satu yang berikut:
Siri Remote (generasi ke-2 atau lebih baharu): Tekan dan tahan atas atau bawah pada gelang pad klik atau leret ke atas atau bawah beberapa kali dengan cepat pada pad klik untuk mengaktifkan garis masa menskrol, kemudian skrol ke tahun yang anda mahu lihat.
Siri Remote (generasi pertama): Leret ke atas atau bawah beberapa kali dengan cepat pada permukaan sentuh untuk mengaktifkan garis masa menskrol, kemudian skrol ke tahun yang anda mahu lihat.
Untuk melihat dan menskrol menerusi foto skrin penuh, pilih foto, kemudian navigasi ke kiri atau ke kanan.
Lihat item Pustaka Foto Dikongsi iCloud anda
Pustaka Foto Dikongsi iCloud membolehkan anda berkongsi pustaka foto dengan rakan atau keluarga, berasingan daripada pustaka Foto iCloud peribadi anda. Anda boleh menyertai satu pustaka foto dikongsi pada satu masa dengan sehingga lima orang lain.
Untuk melihat pustaka foto dikongsi pada Apple TV, anda perlu menyediakan Pustaka Foto Dikongsi iCloud dengan akaun Foto iCloud yang sama pada iPhone yang menjalankan iOS 16.1 atau lebih baharu, iPad yang menjalankan iPadOS 16.1 atau lebih baharu atau Mac yang menjalankan macOS Ventura atau lebih baharu. Selepas pustaka foto dikongsi anda disediakan, anda boleh bertukar antara pustaka peribadi dan dikongsi anda pada Apple TV.
Anda tidak boleh mencipta, mengedit atau memadamkan item dalam pustaka foto dikongsi anda pada Apple TV, tetapi sebarang perubahan yang anda atau orang lain lakukan dalam app Foto pada peranti lain kelihatan secara automatik pada Apple TV.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang menyediakan Pustaka Foto Dikongsi iCloud, lihat Panduan Pengguna iCloud.
Buka app Foto pada Apple TV, navigasi ke kategori Pustaka dalam bar menu, kemudian pilih butang Paparan Pustaka di penjuru kanan atas skrin.
Nota: Butang Paparan Pustaka tidak kelihatan sehingga anda menyediakan pustaka foto dikongsi pada iPhone, iPad atau Mac anda.
Pilih untuk melihat mana-mana yang berikut:
Kedua-dua Pustaka: Lihat foto dan video digabungkan daripada pustaka peribadi dan dikongsi anda.
Pustaka Peribadi: Lihat foto dan video daripada pustaka peribadi anda sahaja.
Pustaka Dikongsi: Lihat foto dan video daripada pustaka foto dikongsi anda sahaja.
Butang di penjuru kanan atas skrin bertukar untuk menunjukkan paparan yang anda pilih dan foto serta video daripada pustaka tersebut kelihatan di bawah.
Untuk melayari item pustaka, navigasi ke atas, bawah, kiri atau kanan; untuk melayari foto skrin penuh, pilih foto, kemudian navigasi ke kiri atau ke kanan.
Lihat album Foto iCloud anda
Dalam Album, anda boleh melihat semua album yang dicipta pada peranti iOS atau iPadOS atau Mac anda seperti Kegemaran, Live Photos atau Swafoto.