Buka app pada Apple Watch Ultra
Skrin Utama membolehkan anda membuka sebarang app pada Apple Watch Ultra anda. Penukar App memberikan anda akses cepat kepada app yang paling terbaru diguna.
Paparkan app anda pada grid atau dalam senarai
Skrin Utama boleh memaparkan app dalam paparan grid atau senarai. Semasa anda menyediakan Apple Watch anda buat pertama kali, anda memilih paparan yang anda mahu. Untuk menukarnya kemudian, ikuti langkah ini:
Daripada muka jam, tekan Digital Crown untuk menunjukkan skrin Utama.
Putar Digital Crown untuk menskrol ke bahagian bawah skrin, kemudian pilih Paparan Grid atau Paparan Senarai.
Anda juga boleh membuka app Seting , ketik Paparan App, kemudian ketik Paparan Grid atau Paparan Senarai.
Buka app daripada Skrin Utama
Cara anda membuka app bergantung pada paparan yang anda pilih.
Paparan grid: Ketik ikon app. Putar Digital Crown untuk melihat lebih banyak app.
Paparan senarai: Putar Digital Crown, kemudian ketik app.
Untuk kembali ke Skrin Utama daripada app, tekan Digital Crown sekali, kemudian tekan sekali lagi untuk bertukar kepada muka jam.
Gunakan butang Tindakan pada Apple Watch Ultra
Butang Tindakan memberikan kawalan fizikal pantas untuk memulakan pelbagai jenis fungsi. Sebagai contoh, tekan butang Tindakan di sebelah kiri Apple Watch Ultra untuk membuka app dan mencetuskan ciri yang bersesuaian dengan aktiviti kegemaran. Anda juga boleh menetapkan Pintasan Siri pada butang Tindakan.
Buka app Seting pada Apple Watch Ultra anda.
Ketik Butang Tindakan, kemudian ketik Tindakan untuk memilih tindakan, seperti Latihan, Backtrack atau Selam.
Ketik , kemudian pilih pilihan lain, jika tersedia.
Sebagai contoh, jika anda memilih Latihan, ketik untuk kembali ke senarai tindakan, kemudian ketik Pertama Kali Tekan bagi memilih latihan khusus untuk dilancarkan apabila menekan butang Tindakan.
Sesetengah app melaksanakan tindakan tambahan apabila anda menekan butang Tindakan dan sisi pada masa yang sama. Sebagai contoh, jika anda menyediakan butang Tindakan untuk memulakan jam randik, tekan kedua-dua butang untuk menjedakan.
Buka app daripada Penukar App
Dwiklik Digital Crown, kemudian putar Digital Crown untuk skrol menerusi app anda yang paling terbaru diguna.
Nota: App yang sedang menjalankan sesi—contohnya, sesi navigasi Peta atau sesi Latihan—kelihatan di bahagian atas senarai app.
Ketik app untuk membukanya.
Keluarkan app daripada Penukar App
Dwiklik Digital Crown, kemudian putar Digital Crown ke app yang anda mahu keluarkan. Leret ke kiri pada app, kemudian ketik X.