Pilih album foto dan urus storan pada Apple Watch Ultra
Dengan app Foto pada Apple Watch Ultra, anda boleh melihat foto daripada album iPhone pilihan anda, foto ditampilkan dan Memori.
Pilih album untuk disimpan pada Apple Watch Ultra
Semasa anda mula-mula memperoleh Apple Watch Ultra, ia disetkan untuk memaparkan foto daripada album Kegemaran anda—foto yang anda tag sebagai kegemaran—tetapi anda boleh menukar album yang digunakannya.
Buka app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, pergi ke Foto > Selaraskan Album, kemudian pilih album.
Untuk mengeluarkan foto daripada Apple Watch Ultra, buka app Foto pada iPhone anda, kemudian keluarkan imej daripada album yang anda telah selaraskan.
Untuk mencipta album baharu bagi foto Apple Watch Ultra, gunakan app Foto pada iPhone anda.
Tunjukkan foto ditampilkan dan Memori pada Apple Watch Ultra
Apple Watch Ultra anda boleh menyelaraskan foto ditampilkan dan Memori daripada pustaka foto pada iPhone anda secara automatik.
Buka app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, ketik Foto, kemudian aktifkan Selaraskan Memori dan Selaraskan Foto Ditampilkan.
Hentikan penyelarasan foto
Jika anda tidak mahu iPhone anda menyelaraskan Memori, foto ditampilkan, atau foto daripada album yang anda pilih, ikut langkah ini:
Buka app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, ketik Foto, kemudian nyahaktifkan Penyelarasan Foto.
Hadkan storan foto pada Apple Watch Ultra
Bilangan foto yang disimpan pada Apple Watch Ultra anda bergantung pada ruang yang tersedia. Untuk menjimatkan ruang untuk lagu dan kandungan lain, anda boleh mengehadkan bilangan foto yang disimpan padanya.
Buka app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, kemudian pergi ke Foto > Had Foto.
Untuk melihat bilangan foto pada Apple Watch Ultra anda, lakukan satu daripada berikut:
Buka app Seting pada Apple Watch Ultra anda, kemudian pergi ke Umum > Perihal.
Buka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, kemudian pergi ke Umum > Perihal.
Untuk melihat jumlah ruang yang digunakan untuk foto anda, buka app Seting pada Apple Watch Ultra anda, kemudian pergi ke Umum > Storan. Untuk melakukan ini pada iPhone anda, buka app Apple Watch, ketik Jam Saya, kemudian pergi ke Umum > Storan.
Ambil gambar skrin Apple Watch Ultra
Buka app Seting pada Apple Watch Ultra anda, pergi ke Umum > Gambar Skrin, kemudian aktfikan Dayakan Gambar Skrin.
Tekan Digital Crown dan butang sisi pada masa yang sama untuk mengambil gambar skrin.
Gambar Skrin disimpan dalam Foto pada iPhone anda.