Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

DOA AWAL RAMADHAN DAN DOA BUAT IBU AYAH

Ya Allah! Kami pohonkan ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan kami
kesabaran yang mantap, ketabahan yang jitu, kerjasama yang erat, semangat
permuafakatan yang padu dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa
dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pegawai di jabatan ini dan berusaha
menyumbang tenaga, idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti pendidikan di
wilayah kami.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,

Kami bersyukur atas kurniaan nikmat bulan ramadhan yang Engkau pertemukan kami
dengannya pada tahun ini. Maka jadikanlah bulan ini benar-benar dapat mendidik jiwa
dan ruhani kami untuk menjadi insan yang bertakwa sebagaimana matlamat puasa
yang engkau fardhukan ke atas kami. Jadikanlah jua bulan ini permulaannya
kerahmatan buat kami dan keluarga kami, pertengahannya keampunan buat kami dan
keluarga kami dan penghujungnya kemerdekaan dari azab neraka buat kami dan
keluarga kami.

Ya Allah! Dikesempatan Ramadhan yang penuh keberkatan dan kerahmatan Mu ini,


limpahkanlah rahmat dan berkat Mu kepada kedua ibu bapa kami yang telah
melahirkan dan membesarkan kami sehingga menjadikan kami golongan yang berjaya
pada hari ini.

Kami menadah dua tangan tunduk dan sujud kepada kebesaran Mu, kau ampunkanlah
dosa-dosa ibu kami. Kami menadah dua tangan tunduk dan sujud kepada keagungan
Mu, kau ampunkanlah dosa-dosa ayah kami. Hulurkanlah rahmat kasih sayang Mu
kepada keduanya sebagaimana mereka menyayangi kami sejak kami dilahirkan hingga
ke hari ini.

Ya Allah! Kami pohonkan ihsan Mu, Kau gantikanlah setiap titisan darah dan kesakitan
ibu ketika melahirkan kami dengan nikmat tidak terhingga di dalam syurga Mu nanti.
Kau gantikanlah setiap titisan keringat dan keperitan ayah ketika membesarkan kami
dengan nikmat bersenang lenang di dalam syurga Mu nanti.

Ya Allah!Ya Wadud!

Seandainya ibu dan ayah kami telah pergi meninggalkan kami buat selamanya, kau
jadikanlah alam kubur mereka sebagai sebahagian daripada taman-taman syurga Mu,
ya Allah. Kurniakanlah kepada mereka nikmat kedamaian dan ketenangan di alam
persemadian mereka.

Seandainya ibu dan ayah masih bersama kami, kau hulurkanlah rahmat dan keberkatan
Mu kepada kedua-duanya sebagaimana mereka menyayangi kami sejak kami masih
dalam kandungan lagi.
Ya Allah!

Dalam meniti usia yang semakin dewasa ini, pimpinlah kami dengan hidayah dan taufik
Mu agar kami tidak terpesong akidah, tidak melanggar syari’at, tidak merosak akhlak.
Bantulah kami menjadi hamba Mu yang bersyukur walau dengan nikmat yang sedikit,
menjadi hamba Mu yang bersabar dengan dugaan dan cabaran, menjadi hamba Mu
yang kuat melawan godaan syaitan dan nafsu.

MAKSUD DOA BERBUKA PUASA

YA ALLAH YA TUHAN KAMI …

KEPADAMU KAMI BERPUASA,

DAN HANYA KEPADAMU KAMI BERIMAN,

DAN DENGAN REZEKIMU KAMI BERBUKA

DENGAN RAHMATMU JUA

WAHAI TUHAN YANG MAHA PENYAYANG...

TELAH HILANG DAHAGA,


TELAH BASAH URAT-URAT

DAN TELAH MEMPEROLEH PAHALA INSYA ALLAH

YA ALLAH YA TUHAN KAMI,

KAMI BERMOHON DENGAN RAHMATMU

YANG MELUASI SEGALANYA INI AGAR :

ENGKAU AMPUNKANLAH SEGALA DOSA KESALAHAN


YANG TELAH KAMI LAKUKAN
ENGKAU JADIKANLAH KAMI
DARI GOLONGAN ORANG YANG BAIK-BAIK
ENGKAU BERURUSANLAH DENGAN KAMI
SEPERTI ENGKAU BERURUSAN
DENGAN ORANG-ORANG YANG BAIK
ENGKAU KURNIAKANLAH KEPADA KAMI
REZEKI YANG HALAL, REZEKI YANG LUAS,
REZEKI YANG BAIK DAN JUGA KEBERKATAN
DALAM REZEKI YANG KAMI PEROLEHI
ENGKAU KURNIAKANLAH KEPADA KAMI
KESIHATAN DAN AFIAT DALAM SEGALA URUSAN AGAMA ,
DUNIA DAN AKHIRAT KAMI
ENGKAU KURNIAKANLAH KEPADA KAMI
ZURIAT DAN KETURUNAN YANG BAIK DAN SOLEH
ENGKAU JADIKANLAH KAMI,
ANAK-ANAK KAMI DAN ZURIAT KETURUNAN KAMI
SEBAGAI ULAMA’ YANG BERTAQWA DAN BIJAK
ENGKAU TUTUPKANLAH KEHIDUPAN KAMI
DENGAN HUSNUL KHATIMAH ( KESUDAHAN YANG BAIK )
DAN ENGKAU MASUKKANLAH KAMI SEMUA
KE DALAM SYURGAMU BERSAMA ORANG-ORANG YANG BAIK

AMIN YA RAHMAN..

PERKENANKANLAH YA ALLAH.. TUHAN YANG MAHA PEMURAH

You might also like