Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

UMRAN International Journal of Islamic and Civilizational Studies Full Paper

Transgender Di Malaysia
Transgender In Malaysia

Siti Amirah Akilah Abd Rahima*, Hanisah Abdul Rahmana, Farahwahida Mohd Yusofb
aIslamic Civilization Academy, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Johor Bahru, Johor
bCentre of Research for Fiqh Science and Technology, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Johor Bahru, Johor
*Corresponding author: [email protected]

Article history
Received: 2019-07-28 Received in revised form: 2019-10-28 Accepted: 2019-11-16 Published online: 2020-01-31

Abstract
This study analyzes the challenges and future of transgender issues in Malaysia as well as the views of Islam and
Science to find solutions in addressing this issue. Transgender is a sense of personal identity and gender that
contradict birth sex, with or without genital conversion. Unlike sexual orientation, transgender people are not
necessarily homosexual but may bisexual or heterosexual. Many factors have contributed to these situations and
there is also a dispute over the issue. In Malaysia, Islam and Christianity banned sex conversion meanwhile other
religions accepted it. This study applies a qualitative measure through primary and secondary sources and found
out that the challenges and the future of transgender are an important agenda of finding the solutions. The
problem is studied from the perspective of employment, health, family, religion, self-identity, and community
structure. However, human rights, psychological health and the unclear Malaysian law are challenges in
addressing this issue. From the Science point, there are still many debates and ambiguities in research to prove
transgender. While from the point of Islam that serves as a guide to life, these groups alter Allah's creation which
is forbidden in Islam. Therefore, this study feels that this issue needs to be addressed and solved promptly.
Improvements to existing laws without neglecting a humanitarian recovery are one of the earliest possible
actions.
Keywords: Transgender, Challenges and Future, View Of Islam and Science
Abstrak
Kajian ini menganalisa cabaran dan masa depan isu transgender yang wujud di Malaysia serta meneliti pandangan
Islam dan Sains bagi membantu mencari solusi dalam menangani isu ini. Definisi transgender yang dimaksudkan
kajian ialah ketidaksamaan identiti jantina yang dimiliki seseorang dengan alat kelamin dan jantina kelahiran.
Berbeza dengan orientasi seksual, golongan transgender ini tidak semestinya homoseksual tetapi mungkin juga
biseksual atau heteroseksual. Banyak faktor yang mendorong gejala ini berlaku. Terdapat juga perselisihan
pandangan mengenai isu ini. Di Malaysia hanya agama Islam dan Kristian yang mengharamkan penukaran
jantina. Penulisan ini berbentuk kualitatif melalui sumber primer dan sekunder. Dapatan kajian melalui
pembacaan penulis melihat bahawa cabaran dan masa depan dari sudut permasalahan yang berlaku menjadi
agenda penting dalam membantu mencari solusi menangani isu ini. Permasalahan dikupas dari sudut peluang
pekerjaan, kesihatan, kekeluargaan, keagamaan, identiti diri dan struktur komuniti. Namun, hak asasi manusia,
kesihatan psikologi golongan transgender dan juga kekaburan dalam undang-undang Malaysia dilihat sebagai
salah satu cabaran bagi menangani isu ini. Dari sudut Sains, masih banyak perbahasan dan kekaburan dalam
penyelidikan bagi membuktikan golongan transgender. Manakala dari sudut Islam yang berfungsi sebagai
panduan hidup, golongan ini mengubah ciptaan Allah dan perkara ini diharamkan Islam. Oleh itu, kajian
merasakan isu ini perlu diberi perhatian dan ditangani dengan segera. Penambahbaikan kepada undang-undang
sedia ada tanpa mengabaikan pemulihan dari sudut kemanusiaan merupakan salah satu tindakan awal yang boleh
dilaksanakan.
Keywords: Transgender, Cabaran Dan Masa Depan, Pandangan Islam Dan Sains

© 2020 Penerbit UTM Press. All rights reserved


|03-2 (2020) pp. 67 - 77 | www.http://jurnalumran.utm.my/index.php/umran |
Siti Amirah Akilah Abd Rahim, Hanisah Abdul Rahman & Farahwahida Mohd Yusof / UMRAN – International Journal of Islamic
and Civilizational Studies. vol. 6, no.3-2 (2020) pp. 67 - 77

1.0 PENDAHULUAN
Para ilmuan sosial telah memperkenalkan perkataan gender dengan membawa maksud
perbezaan antara lelaki dan perempuan yang telah dicipta oleh tuhan (Herien Puspitawati, 2013).
Perbezaan ini amat penting bagi mengenalpasti gender agar tidak mengalami kecelaruan identiti
diri. Manakala dalam kamus Dewan Edisi Keempat (2005), gender atau jantina membawa maksud
golongan jenis kata dalam tatabahasa sesuatu bahasa seperti maskulin, feminin dan neuter.

1.1 Definisi Transgender Menurut Barat.

Perkataan transgender memberi maksud yang banyak dan pelbagai, sesetengah mengatakan
bahawa transgender merupakan identiti utama yang memberi makna kepada siapa diri mereka yang
boleh dilihat. Bagi sesetengah yang lain pula, transgender membawa maksud kategori yang samar-
samar dan tidak bermakna. Selain itu, transgender juga ditakrifkan dengan lebih meluas sehingga
‘cross-dressers’ juga termasuk dalam golongan ini.
Merujuk pandangan Brown dan Rousley (1996) istilah transgender merupakan golongan atau
individu yang mempunyai masalah isu jantina mereka sendiri. Manakala, Boswell (1997)
menyebut transgender sebagai individu yang akan melalui pelanggaran jantina dan ingin menjadi
‘more fully human’.
Kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan pandangan barat ini, golongan transgender ialah
kelas yang mempunyai gangguan identiti. Mereka tidak berminat dengan seks atau perasaan,
tetapi naluri hidup mereka cenderung kepada aktiviti songsang ini.

1.2 Defenisi Transgender Menurut Islam.

Menurut Islam, transgender merupakan amalan songsang dan perlakuan yang bertentangan
dengan jantina. Kategori ini boleh dirungkai dengan membawa maksud wanita seperti lelaki dan
lelaki seperti wanita. Ini merupakan amalan dan penukaran jantina serta perlakuan yang benar-
benar dilarang oleh Islam. (Jabatan Agama Islam Selangor, 2016)
Imam An-Nawawi mendefinisikan seorang lelaki yang dalam pergerakan, penampilan dan
bahasanya membawa ciri-ciri seorang wanita sebagai mukhannas. Terdapat dua jenis; Pertama
ialah seseorang yang mempunyai ciri-ciri semula jadi dan dia tidak meletakkan ciri-ciri tersebut
pada diri mereka dengan sendiri. Maka tidak ada kesalahan padanya, tidak ada dosa dan tidak
perlu malu dengannya, selagi dia tidak melakukan perbuatan haram, atau mengeksploitasinya
untuk wang (pelacuran dan lain-lain). Jenis kedua ialah berperwatakan seperti perempuan dengan
tujuan tidak bermoral, dan dia dikira melakukan dosa. (Jabatan Agama Islam Selangor, 2016)
Jantina manusia kebiasaanya mempunyai empat kumpulan, pertama lelaki dan perempuan,
kedua khunsa, ketiga mukhannas dan keempat mukhannis. Secara umumya, khunsa membawa
maksud dua jantina dan sejak dilahirkan golongan ini mempunyai status identiti yang bercelaru
kerana mereka ini mempunyai dua alat kelamin iaitu alat kelamin lelaki dan perempuan. Secara
terperinci golongan mukhannas ialah golongan yang menaruh harapan menjadi wanita sedangkan
mereka adalah lelaki. Untuk golongan mukhannis pula, mereka adalah golongan lelaki lembut.
Mereka sebenarnya lelaki yang mempunyai sifat kewanitaan yang tinggi dan tidak sanggup untuk
melakukan sebarang pembedahan jantina. (Jabatan Agama Islam Selangor, 2016)

Page | 68
Siti Amirah Akilah Abd Rahim, Hanisah Abdul Rahman & Farahwahida Mohd Yusof / UMRAN – International Journal of Islamic
and Civilizational Studies. vol. 6, no.3-2 (2020) pp. 67 - 77

Golongan transgender dilaknat oleh Allah SWT sama ada lelaki yang menyerupai wanita atau
sebaliknya. Antara sumber yang boleh dijadikan bukti bahawa Nabi melaknat golongan transgender
ialah berdasarkan karya kitab “Al-Mu’jam al-Awsat”. Dari Ibnu Abbas Radliyaaahu’anhu, baginda
berkata : “Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki”
(Hadis Imam Bukhari).
Allah berfirman “Dan demi sesungguhnya, Aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran),
dan Demi sesungguhnya Aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan
demi sesungguhnya Aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu
mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan Aku akan menyuruh mereka mengubah
ciptaan Allah". dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati
selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata” (Surah an-
Nisa, 4: 119).

1.3 Definisi Transgender Menurut Kajian

Pengkaji membuat kesimpulan bahawa maksud transgender ialah individu atau golongan yang
mempunyai kecelaruan identiti serta mengikut nafsu dan shahwat yang bertentangan dengan
aktiviti di luar tabi’in manusia kerana ingin mengubah ciptaan yang telah ditetapkan oleh tuhan.

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN


Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui sumber primer dan sekunder. Latar
belakang kajian yang diperolehi dapat dilihat dari sudut sejarah kelahiran transgender, faktor
pendorong, statistik perkembangan transgender dan penerimaan masyarakat tentang transgender.

2.1 Sejarah

Kebanyakkan sejarah membuktikan bahawa kelahiran golongan transgender di Malaysia


melalui pengaruh barat. Tiada spesifik tahun yang ditetapkan oleh mana-mana penulis berkaitan
sejarah kelahiran transgender di Malaysia.
Sejarah dahulu juga telah membuktikan bahawa zaman Nabi Luth A.S telah terjadi peristiwa
hubungan sejenis antara lelaki dengan lelaki dan meninggalkan perempuan. Kaum Nabi Luth
pada ketika itu mengancam Nabi Luth dan membenci beliau kerana mengajak agar beriman
kepada Allah. Di dalam Al-Quran, Allah berfirman “Dan (Kami juga telah mengutus) Luth
(kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada mereka: “Mengapa kamu mengerjakan
perbuatan fahisyah itu, yang belum pernah dilakukan oleh sesiapa pun (di dunia ini) sebelummu?
Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melampiaskan nafsumu (kepada mereka), bukan
kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas. Jawab kaumnya tidak lain
hanya mengatakan: “Usirlah mereka (Luth dan para pengikutnya) dari kotamu ini, sesungguhnya
mereka adalah orang-orang yang berpura-pura mensucikan diri.” (Surah al A’raf, 7: 80-82)
Ayat Al-Quran ini jelas membuktikan bahawa kewujudan golongan songsang yang dilaknat
Allah ini telah lahir sejak zaman Nabi Luth A.S. Penulis berpandangan bahawa golongan
transgender juga diketegorikan sebagai golongan yang songsang dan jauh daripada syariat hidup
Islam.
Pada tahun 1970, pergerakan feminis bermula dengan slogan ‘persona politik’. Pada tahun
ini juga telah lahir penulis dan tokoh gay serta lesbian yang memperjuangkan golongan transgender
ini. Golongan ini terus berkembang dan menyebarkan pengaruh sehingga tahun 1995. Pada
Page | 69
Siti Amirah Akilah Abd Rahim, Hanisah Abdul Rahman & Farahwahida Mohd Yusof / UMRAN – International Journal of Islamic
and Civilizational Studies. vol. 6, no.3-2 (2020) pp. 67 - 77

tahun 1990, golongan ini melahirkan jurnal akademik peer-reviewed berkaitan transgender.
Manakala, pertubuhan mereka yang dinamakan “Trangender Nation” ditubuhkan pada tahun
2000. Golongan ini juga terus berkembang secara meluas di barat oleh individu dalam dunia
hiburan dan perubatan sehingga menjadi isu yang diperjuangkan. (Marziana et al. 2014)
Pada permulaan sejarah transgender di Malaysia pula, diambil daripada sejarah LGBT iaitu
Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender. Peringkat awal golongan ini bermula dengan kewujudan
mak nyah pada tahun 1980-an. Fatwa di dalam persidangan Raja-Raja kali ke-126 menyebut
bahawa kelas LGBT ini sebagai perlakuan yang haram untuk diamalkan sebagai gaya hidup.
Rentetan daripada fatwa yang ditetapkan, mana-mana golongan transgender secara individu yang
ingin membuat permohonan menukar jantina pada dokumen pengenalan diri telah dihalang oleh
fatwa. (Marziana et al. 2014)
Pertubuhan dunia yang memperjuangkan transgender dalam hal hak asasi manusia ialah
International Lesbian, Gay, Bisexual, Trans and Intersex Association (ILGA). Di Asia Tenggara seperti
Singapura, kumpulan mereka diberi nama People Like Us (PLU). Manakala di Malaysia pula,
kumpulan Seksualiti Merdeka dilihat sebagai organisasi yang giat mempromosikan agenda
songsang ini. Pertubuhan-pertubuhan ini mempunyai matlamat yang sama iaitu memperjuangkan
hak kumpulan mereka dan sering mengumpulkan ahli-ahlinya. (Marziana et al. 2014)
Hari ini, golongan ini lantang bersuara dan menyuarakan hak mereka serta meminta dunia
mengakui kebebasan kehendak mereka sehingga suara mereka didengari oleh Majlis Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Situasi yang sama juga berlaku di negara Malaysia. Kumpulan
‘Seksualiti Merdeka’ telah mengadakan satu acara tahunan mengenai hak seksualiti dan jantina di
Kuala Lumpur. Mereka bukan sahaja perjuangkan hak asasi manusia, malah sanggup
memanipulasikan perlembagaan Malaysia berdasarkan pandangan mereka sendiri. (Marziana et al.
2014)
Tambahan, golongan ini telah melakukan kontroversi di media sosial seperti facebook dengan
meletakkan slogan bendera berwarna pelangi pada gambar profil facebook sebagai simbol kaum
mereka serta mendukung pernikahan sejenis dan merayakan momentum kemenangan komuniti
sesama jenis di Amerika Syarikat pada tahun 2015. (Amirah A.Aziz, 2017)
Pengkaji membuat rumusan bahawa isu golongan transgender ini perlu dititikberatkan agar
tidak berkembang pesat. Isu ini ialah isu sensitif yang telah menyalahi tuntutan agama dan
tatasusila budaya timur dalam masyarakat Malaysia apatah lagi perlakuan yang menyalahi tabi’in
manusia.

2.2 Faktor pendorong

Menurut hasil sumber R&D Jabatan Agama Islam Selangor pada tahun 2016, antara faktor
pendorong gejala ini berlaku ialah perubahan hormon, faktor genetik, persekitaran, biologikal,
akhlak dan moral, kekurangan ilmu pengetahuan dan naluri sejak zaman kanak-kanak dan faktor
keluarga.
Sumber daripada R&D tersebut menjelaskan bahawa terdapat mereka yang transgender
disebabkan oleh ibu bapa mereka yang mahukan anak berlainan jantina dari anak mereka. Perkara
ini boleh mendatangkan kekeliruan tentang identiti mereka dan sekaligus mendorong mereka
untuk menjadi jantina lain.
Tambahan, akhlak dan moral sangat penting untuk dididik sejak kecil. Kekurangan iman
seseorang menjadi salah satu kelemahan yang perlu dibendung agar gejala ini tidak terus
Page | 70
Siti Amirah Akilah Abd Rahim, Hanisah Abdul Rahman & Farahwahida Mohd Yusof / UMRAN – International Journal of Islamic
and Civilizational Studies. vol. 6, no.3-2 (2020) pp. 67 - 77

berleluasa. Kawalan sosial perlu dijaga dan diambil sepenuh perhatian agar masyarakat berada
dalam satu anjakan norma hidup yang lebih baik.
Hasil kajian pelajar sarjana muda di UKM pada tahun 2015 juga mendapati bahawa
kefahaman tentang ilmu agama dan kelemahan dalam ilmu agama menyebabkan kurang
pengetahuan menjadikan perkara transgender ini berlaku. Lelaki berkeinginan untuk menjadi
seorang wanita yang kuat sejak zaman kanak-kanak juga timbul disebabkan ibu bapa yang kurang
mengambil perhatian isu ini.
Penulis memberi kesimpulan bahawa faktor persekitaran memberi impak yang besar gejala
ini boleh berlaku. Hal ini kerana, peranan ibu bapa yang mendidik dan mencorak kanak-kanak
sejak kecil. Dalam kalangan ibu bapa ada yang mendidik anak mereka sesuai dengan anak
perempuan kerana anak perempuan lebih ramai berbanding anak lelaki. Maka apabila anak lelaki
membesar, berlaku kecelaruan identiti terhadap anak lelaki tersebut. Manakala, faktor genetik dan
hormon boleh dilihat juga kepada gaya corak ibu bapa yang mendidik kanak-kanak tersebut serta
corak pemakanan.

2.3 Statistik

Statistik dari Pegawai Penguatkuasa Agama seluruh Malaysia, menunjukkan gaya hidup
transgender seperti ini telah berkembang dan menjadi kompleks. Pertubuhan pelbagai gerakan
merupakan satu diskriminasi bentuk baru atas menjaga hak asasi. Mereka menggunakan Hak
Asasi Manusia (HAM) untuk mempertahankan perbuatan mereka. Mereka telah mencerca
kesucian agama Islam dan perundangan Malaysia, malah mereka juga menggugat ketenteraman
awam dan keamanan agama Islam.
Anggaran statistik yang diambil daripada sebuah jurnal pelajar Fakulti Ekologi Manusia,
Universiti Pertanian Bogor yang bertajuk Konsep, Teori dan Analisis Gender, menyebut bahawa
isu transgender di Malaysia ialah seramai 100,000 orang lelaki transgender yang mana 70 hingga 80
peratus adalah Melayu, selebihnya Cina, India dan golongan minoriti lain (Teh Koon, 2008).
Manakala golongan transgender dalam kalangan perempuan pula, bilangan tidak dapat dikenalpasti
dan berkemungkinan kurang daripada lelaki.

2.4 Penerimaan Masyarakat Terhadap Transgender

Masyarat Malaysia khususnya mengkritik golongan ini kerana telah menyalahi adat dan
agama serta institusi kekeluargaan. Mereka jelas menunjukkan perlakuan gaya hidup songsang
sebagai gaya dan corak mereka sendiri. Statistik juga menunjukkan pelbagai gerakan telah wujud,
maka masyarakat Malaysia menganggap bahawa budaya ini merupakan budaya yang tidak sihat.
Kebanyakkan pengkaji juga menolak serta mengkritik aktiviti dan perlakuan transgender ini
berdasarkan ayat quran dan hadith sahih.

3.0 PANDANGAN AGAMA TERHADAP TRANSGENDER


Malaysia mempunyai empat agama utama iaitu Islam, Buddha, Hindu dan Kristian. Hanya
agama Islam dan Kristian yang mengharamkan penukaran jantina. Perkara ini jelas jika kita lihat
hujah daripada agama Islam yang mengharamkan penukaran jantina melalui kisah Nabi Luth
yang disebut di dalam Al-Quran bahawa umatnya yang membuat perbuatan syirik dan seks
sejenis. Perbuatan ini adalah antara perkara yang dilaknat oleh Allah SWT (Sinar Harian, 2019).

Page | 71
Siti Amirah Akilah Abd Rahim, Hanisah Abdul Rahman & Farahwahida Mohd Yusof / UMRAN – International Journal of Islamic
and Civilizational Studies. vol. 6, no.3-2 (2020) pp. 67 - 77

Justeru, penulis membuat rumusan kisah ini mempunyai kaitan dengan pengharaman penukaran
jantina yang dilakukan oleh golongan transgender.
Dr Abdul Manan membuat kajian berkaitan isu ini dan beliau menyebut bahawa agama lain
juga tidak mengiktiraf golongan ini kerana fitrah kejadian manusia sepatutnya dihargai. Sakali gus
perlu menerima hakikat bahawa hidup yang dicipta ini adalah secara berpasang-pasangan (Berita
Harian, 2019). Penulis mengambil pandangan ini untuk meletakkan hujah pengharaman
penukaran jantina bagi agama kristian.

4.0 CABARAN DAN MASA DEPAN


4.1 Isu Yang Timbul Berkaitan Transgender di Malaysia

Lebih daripada 20 buah negara telah mengiktiraf golongan LGBT. Perkembangan golongan
ini dapat dilihat bukan sahaja di negara yang mengiktiraf tetapi juga pada negara yang mengambil
langkah sebaliknya termasuk Malaysia. Perkembangan golongan ini di Malaysia menimbulkan
pelbagai isu dan cabaran kepada negara.
4.1.1.1 Pekerjaan Dan Kesihatan
Dilabel sebagai pekerja seks dan umumnya dijauhi oleh masyarakat, majoriti transgender tidak
mendapat pekerjaan yang baik. Mereka akhirnya terlibat dalam perdagangan seks. Dalam kajian
2001 tentang 507 mak nyah, didapati bahawa 92% daripada responden menerima bayaran seks,
walaupun hanya 54% mendakwa mereka adalah pekerja seks (Teh, 2001). Ada yang melakukan
kerja seks sambilan setiap kali mereka memerlukan wang. Bagi mereka yang bekerja seks, dalam
seminggu, kira-kira 18% mempunyai 6-10 pelanggan, 15% mempunyai 11-15 pelanggan, 19%
mempunyai 16-20 pelanggan, 9% mempunyai 21-25 pelanggan, 9% pelanggan dan 10%
mempunyai lebih daripada 30 pelanggan (Teh, 2001).
4.1.1.2 Kesihatan
Menurut Malaysia Aids Council (MACs), sebanyak 111,916 rakyat Malaysia menghidap HIV
atau AIDS dari tahun 1986 hingga 2016 (HIV Statistics | Malaysian AIDS Council, 2016).). HIV
dan AIDS ini disebarkan melalui suntikan dan hubungan kelamin dimana ianya sinonim dengan
golongan transgender dan lelaki yang bersetubuh dengan lelaki (MSM). Kajian melaporkan
bahawa golongan ini kebanyakannya mengetahui perihal safe sex, namun bertindak atas kehendak
klien dan status klien. Bagi golongan transgender ini, penyakit itu bukan satu masalah tetapi yang
merisaukan mereka adalah duit dan juga penerimaan masyarakat.
Isu lain yang wujud dari aspek kesihatan ialah pembedahan alat kelamin. Pembedahan ini
telah diharamkan di Malaysia lalu mereka memilih untuk menjalani pembedahan di Thailand atau
Singapura. Namun menurut Marziana et al. (2014), terdapat beberapa buah hospital swasta yang
telah membenarkan pembedahan alat kelamin ini berlaku di Malaysia secara haram (Marziana et
al. 2014). Dari sudut psikologi, beberapa kajian mendapati pembedahan alat kelamin ini dapat
mengurangkan risiko serta mengatasi masalah mental seperti depresi dan cemas (Van de Grift et
al., 2018; Zavlin et al., 2018).
Namun, terdapat dua aspek dalam isu ini yang diketengahkan penulis. Transgender atau gender
identity disorder telah diklasifikasikan sebagai masalah mental di dalam ICD-10 dan DSM-V.
Klasifikasi ini sering dibahaskan dan kebenaran transgender sebagai masalah mental sukar untuk
dinafikan dan ia sepatutnya ditangani secara psikologi bukan melalui pembedahan alat kelamin.
Aspek kedua adalah kesan dan komplikasi pembedahan ini. Hal ini sangat membimbangkan
Page | 72
Siti Amirah Akilah Abd Rahim, Hanisah Abdul Rahman & Farahwahida Mohd Yusof / UMRAN – International Journal of Islamic
and Civilizational Studies. vol. 6, no.3-2 (2020) pp. 67 - 77

kerana pembedahan alat kelamin adalah sangat rumit, memerlukan tenaga pakar dan mempunyai
banyak komplikasi kesihatan (Dreher et al., 2018).
4.1.1.3 Komuniti Dan Masyarakat
Pada tahun 2015, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengumumkan bahawa
sekolah-sekolah harus membenarkan pelajar transgender menggunakan tandas mengikut kehendak
masing-masing (The New York Times, 2017). Namun ini telah menimbulkan perdebatan panjang
bahawa peraturan ini memberi akses kepada lelaki yang berlakon sebagai wanita untuk memasuki
tandas wanita justeru membuka peluang kepada gangguan seksual dan menyebabkan gejala salah
laku seks berleluasa tanpa kawalan.
Masalah yang lebih membimbangkan pelbagai pihak adalah struktur komuniti di Malaysia.
Perempuan yang menukar jantina kepada lelaki masih boleh mengandung tetapi lelaki yang
menukar jantina kepada perempuan tidak mungkin boleh mengandung. Dalam hal lelaki bertukar
perempuan dan berkahwin dengan lelaki, penerusan zuriat tidak akan terjadi. Manakalan
perempuan bertukar lelaki menambah kekeliruan sedia ada dalam isu transgender kerana secara
biologi, hanya perempuan yang mampu mengandung dan melahirkan anak. Hal ini lantas
membenarkan kepincangan dalam sistem masyarakat dan kekeluargaan.
4.1.1.4 Agama Islam
Kelompok transgender ini datang daripada pelbagai latar belakang agama. Kebanyakan
daripada golongan transgender yang menganut agama bertentangan dengan naluri mereka
memilih untuk meninggalkan agama asal mereka. Ini terjadi termasuk kepada golongan
transgender yang beragama Islam. Namun, keluar agama atau murtad merupakan dosa besar yang
tidak diampuni Allah melainkan mereka bertaubat dengan taubat nasuha (sebenar-benar taubat).
Selain itu, terdapat garis panduan yang jelas tentang aurat antara lelaki dan perempuan di
dalam Islam. Aurat lelaki secara keseluruhannya adalah antara pusat hingga lutut, manakala
perempuan yang berhadapan dengan ajnabi (mereka yang dibenarkan berkahwin) adalah semua
anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Dalam konteks golongan mak nyah atau
transgender, batasan aurat masih mengikut jantina asal namun penampilan mereka adalah
bertentangan.
Isu ini seterusnya menimbulkan konflik dalam pelaksanaan ibadah dan muamalah seperti
solat, puasa dan pembahagian harta pusaka. Golongan transgender, perempuan kepada lelaki, tidak
boleh berjemaah bersama kaum lelaki dan sebaliknya. Masalah juga timbul pada pembahagian
harta pusaka kerana lelaki dan perempuan mempunyai bahagian tertentu dalam memperoleh
harta pusaka. Masalah di atas akan lebih jelas apabila golongan transgender ini bertaubat dan ingin
kembali kepada Islam yang sebenar. (Mohd Idzwan et al. 2015).
4.1.1.5 Identiti Diri
Malaysia tidak mengiktiraf jantina baru di atas kad pengenalan. Pada tahun 2011, Mohd
Ashraf Hafiz atau nama barunya Aleesha Farhana telah menecetus kontroversi apabila memohon
penukaran jantina di mahkamah (Utusan Malaysia, 2011). Walaubagaimanapun, permohonan
beliau tidak diluluskan. Sehingga kini, jantina pada kad pengenalan adalah berdasarkan jantina
kelahiran. Namun, golongan transgender boleh mendapatkan surat pengesahan penukaran
jantina dan menggunakannya pada urusan rasmi.

Page | 73
Siti Amirah Akilah Abd Rahim, Hanisah Abdul Rahman & Farahwahida Mohd Yusof / UMRAN – International Journal of Islamic
and Civilizational Studies. vol. 6, no.3-2 (2020) pp. 67 - 77

4.2 Cabaran Dalam Menghadapi Golongan Transgender

4.2.1.1 Hak Asasi Manusia


Golongan transgender menyatakan bahawa naluri dan keinginan mereka amat cenderung
kepada jantina berbeza dengan jantina kelahiran. Disebabkan percanggahan ini, mereka menukar
jantina mereka secara fizikal dan melakukan terapi penggantian hormon (hormon replacement
therapy, HRT) atau pembedahan tukar jantina (sex reassignment surgery, SRS). Namun, identiti
gender tidak sama dengan orientasi seksual. Ada di antara mereka tertarik dengan jantina
berlawanan atau sama dengan jantina kelahiran mereka.
Walaupun Malaysia tidak mengiktiraf dan tidak memberikan keistimewaan kepada golongan
transgender, namun golongan trangender tidak boleh didiskriminasi. Golongan transgender tidak
boleh diketepikan hak mereka dalam urusan pendidikan, kesihatan, perumahan dan peminjaman
bank. Namun isu akan timbul apabila menyantuni komuniti LBGT sehingga tuntutan mereka
keseluruhannya diterima dan diberikan pengiktirafan. Bagi masyarakat Malaysia yang majoritinya
beragama Islam, hak asasi dan keperluan agama harus diseimbangi. Tuntutan-tuntutan yang
memungkinkan keruntuhan agama, budaya dan naratif kebangsaan seharusnya diberi perhatian
lebih sebelum konflik hak asasi membarah dalam negara ini.
4.2.1.2 Psikologi Golongan Transgender
Masalah kesihatan mental telah dibincangkan sebelum ini. Punca utama golongan transgender
menghadapi masalah tekanan adalah akibat stigma dan diskriminasi oleh masyarakat serta konflik
dalaman yang bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia. Mereka yang lelaki menginginkan
bentuk tubuh wanita, dan menjadi satu tekanan apabila mereka tidak dapat berbuat demikian.
Menurut Baeur et al. (2015), psikologi golongan transgender ini menjadi lebih baik apabila berjaya
mendapat bentuk tubuh keinginan mereka (Bauer et al., 2015). Maka menukar alat kelamin itu
dianggap merawat masalah psikologi mereka. Sedangkan keinginan golongan transgender ini
pada awalnya adalah masalah psikologi. Dari sudut kesihatan mental, seseorang akan
diklasifikasikan mempunyai body intergrity identity disorder jika mereka ingin memotong kaki yang
normal tetapi memotong payu dara atau alat kelamin yang normal pada tubuh kerana trangender
masih menjadi perdebatan sehingga hari ini. Mengakui transgender bukan suatu kecelaruan
psikologi mendedahkan kepada masalah psikologi lain.
4.2.1.3 Undang-undang Malaysia
Jabatan Agama Islam setiap negeri di Malaysia ini mempunyai bidang kuasa untuk
mengambil tindakan terhadap mak nyah dalam negeri masing-masing walaupun bidang kuasa itu
amat terhad. Majlis boleh melantik pelaksana undang-undang di negeri masing-masing. Sebagai
contoh, Seksyen 68 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 memperuntukkan;
“…Majlis boleh melantik daripada kalangan anggota perkhidmatan awam Negeri Perak Darul Ridzuan,
seorang Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama, Pegawai-Pegawai Penguat Kuasa Agama dan Penolong-
Penolong Pegawai Penguat Kuasa Agama untuk menjalankan penyiasatan dan penguatkuasaan kesalahan-
kesalahan bertulis lain yang menetapkan kesalahan- kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam…”
Namun begitu, menurut temubual yang dilakukan oleh Marziana, Sofiah dan Mustafa, (2014)
dengan pegawai agama negeri, terdapat beberapa keluhan daripada pegawai-pegawai yang
melaksanakan tanggungjawab mereka di bawah Enakmen Syariah negeri mengenai peruntukan
perundangan sedia ada (Marziana et al. 2014). Ini kerana bidang kuasa mereka sangat terhad
untuk membantu menangani masalah yang ada. Walaupun terdapat fatwa dari Majlis Raja-Raja
dan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan menyimpulkan haram hukumnya
Page | 74
Siti Amirah Akilah Abd Rahim, Hanisah Abdul Rahman & Farahwahida Mohd Yusof / UMRAN – International Journal of Islamic
and Civilizational Studies. vol. 6, no.3-2 (2020) pp. 67 - 77

menukar jantina berdasarkan surah al-Hujarat, 49: 13 dan an-Nisa, 4: 11 namun tidak
diperuntukkan dengan jelas di dalam Enakmen Syariah negeri masing-masing. Selain itu, Jabatan
Agama Islam Negeri juga kekurangan kakitangan dalam melaksanakan undang-undang (Marziana
et al. 2014).

4.3 Solusi Menurut Sains dan Islam

Dari sudut Sains, perempuan dilahirkan mempunyai kromosom XX manakala lelaki


mempunyai kromosom XY. Namun, terdapat beberapa kes terpencil manusia dilahirkan dengan
masalah kromosom dan jantina yang merupakan satu penyakit justeru menimbulkan persoalan
adakah jantina ditentukan oleh kromosom dan organ seks ketika lahir. Oleh itu, penyelidik dan
saintis telah mengkaji fungsi kromosom dalam menentukan jantina daripada pelbagai aspek.
Kajian dilakukan untuk melihat faktor biologi seperti genetik, hormon pra kelahiran, anatomi
neurologi dan proses kognitif dalam perkembangan golongan transgender.
Kajian yang dilakukan oleh Hoekzema et al., (2015) menunjukkan bahawa struktur otak
manusia adalah bertepatan dengan jantina kelahiran mereka (Hoekzema et al., 2015; Kreukels and
Guillamon, 2016). Walau bagaimanapun, terdapat kajian lain yang menunjukkan bahawa struktur
otak perempuan yang bertukar lelaki adalah sama denga lelaki (Kreukels and Guillamon, 2016).
Menurut Kreukels & Guillamon, (2016) yang melihat kajian-kajian lepas mengenai pengimejan
otak dan kecelaruan identiti jantina, kajian-kajian ini masih lagi sedikit dan terdapat banyak
perbezaan pada metod dan hasil kajian maka masih terlalu awal untuk menyatakan kesimpulan
(Kreukels and Guillamon, 2016). Adapun, ciptaan manusia ini merupakan takdir dan ketentuan
yang maha berkuasa. Solusi melalui renteten kajian berkaitan dengan kromoson dan struktur otak
manusia telah dikenalpasti oleh pengkaji terdahulu bagi menerangkan kepada golongan transgender
bahawa perkara ini adalah perkara yang dilarang dan tidak diiktiraf.
Secara psikologi pula, seseorang yang berkeinginan membuang mana-mana anggota
badannya yang normal disuspek delusional. Justeru perkara sama harus dipertimbang apabila
seseorang ingin membuang payudara yang normal kerana merasakan tersilap jantina. Kebanyakan
golongan trangender ini mempunyai faktor tersendiri atas pilihan mereka. Faktor ini pada
awalnya yang membentuk psikologi golongan ini dimana bantuan diperlukan untuk
menyelesaikannya.
Maka agama berperanan sebagai panduan kepada masalah psikologi ini dan memandu
manusia perihal yang terbatas oleh manusia. Allah berfirman “Kitab Al-Quran ini, tidak ada
sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi
orang-orang yang (hendak) bertaqwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan
mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami
berikan kepada mereka” (Surah aAl-Baqarah, 2: 2-3).
Dalam isu jantina, golongan transgender merasakan bahawa mereka terperangkap dalam badan
yang salah. Walhal manusia tidak mengetahui soal roh untuk mengatakan naluri mereka lebih
benar dari yang zahir diciptakan Allah. Jantina manusia telah ditentukan sejak sebelum kelahiran
oleh Allah S.W.T. Allah berfirman dalam surah Al-Najm ayat 45 dan 46 “Dialah yang menciptakan
kamu berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, daripada nuthfah, apabila dipancarkan.” Allah yang
mencipta langit dan bumi tidak tersilap dalam perkara ini. Sekiranya Allah tersilap dalam
mentadbir, maka langit dan bumi tidak mampu bertahan berjuta tahun daripada kejadian Adam
dan Hawa.

Page | 75
Siti Amirah Akilah Abd Rahim, Hanisah Abdul Rahman & Farahwahida Mohd Yusof / UMRAN – International Journal of Islamic
and Civilizational Studies. vol. 6, no.3-2 (2020) pp. 67 - 77

Sebenarnya isu jantina boleh diubah atau tidak, diperolehi semenjak lahir atau semasa proses
membesar tidak sepatutnya dibahaskan. Setiap orang mengalami keadaan yang berbeza yang
menyebabkan mereka menjadi sebegitu dan Sains pula tidak mampu membuktikan dengan tepat.
Lalu agama memandu pemikiran terbatas untuk mencapai solusi dalam menangani masalah yang
timbul. Dalam konteks Malaysia, setiap negeri mempunyai enakmen berbeza dalam isu transgender.
Melihat kepada status golongan ini di Malaysia, penambahbaikan terhadap undang-undang sedia
ada tanpa mengenepikan kaedah pencegahan berhemah berbentuk kemanusiaan perlu
diwujudkan bagi memahami dan merawat golongan transgender untuk kembali ke pangkal jalan.
Daripada sudut psikologi, dapat dilihat bahawa golongan transgender ini perlu dilakukan
pencegahan awal. Mereka adalah golongan yang terperangkap dari pelbagai sudut. Oleh itu,
pengkaji membuat kesimpulan bahawa sains telah membuktikan perkaitan antara otak dan
kromosom, manakala agama pula telah menjelaskan pengharaman penukaran jantina. Mereka
perlu diberi makanan rohani agar gejala transgender ini dapat dibendung dari awal.

5.0 KESIMPULAN
Rumusan yang boleh dibuat berdasarkan hasil analisa ini sangat meluas. Transgender
mempunyai keinginan yang kuat untuk menjadi jantina bertentangan dengan jantina asal mereka.
Jika dilihat pada faktor-faktor berlaku gejala transgender secara keseluruhannya seseorang tidak
dapat mengawal “naluri bertentangan” sejak zaman kanak-kanak mahupun sudah dewasa. Tidak
lupa juga kurang sokongan moral dan kurang pengetahuan serta iman lemah sehingga akhirnya
mendorong mereka menjadi transgender. Antara masalah golongan transgender ini boleh dilihat
daripada pelbagai perspektif iaitu isu pekerjaan, kesihatan, agama Islam, identiti diri dan komuniti
masyarakat. Manakala cabaran seperti hak asasi manusia dan psikologi golongan transgender perlu
diambil perhatian agar golongan ini kembali ke fitrah yang sebenar. Pandangan Sains dan
pandangan Islam telah membuktikan bahawa golongan transgender disifatkan sebagai suatu
penyakit yang lahir hasil pencarian mereka yang kecelaruan identiti. Gejala sosial ini, bukan sahaja
melibatkan pelajar atau orang awam, malah juga golongan profesional. Penulis menyeru agar
pelbagai pihak dapat mengatasi masalah transgender yang tumbuh mekar bagaikan bunga ini
supaya bala’ tidak menimpa kita seperti mana berlaku pada kaum zaman Nabi Allah Luth.

Rujukan
Suhaidah Said, Siti Nurul Jannah Fital, Nor Suhaila Che Pa. (2014) Analisis Gender Dalam Bahasa Melayu
Dari Sudut Leksikal Dan Makna. Pusat Bahasa Antarabangsa. Universiti Malaysia Perlis.
Mohd Izwan Bin Md Yusof, Muhd Najib Bin Abdul Kodir, Mazlan Bin Ibrahim, Khader Bin Ahmad dan
Murshidi Bin Mohd Nor disusun oleh Saiful Azhar Bin Saadon (2015). Hadis-Hadis Sahih Berkaitan
Perlakuan Lesbian, Gay, Biseksual Dan Transgender. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Herien Puspitawati (2013). Konsep, Teori Dan Analisis Gender. Departemen Ilmu Keluarga Dan Konsumen
Fakultas Ekologi Manusia. Institut Pertanian Bagor. Indonesia.
Sumber R&D (2016). Isu Transgender: Suatu Tinjauan Umum. Jabatan Agama Islam Selangor.
Bauer, G. R. et al. (2015) ‘Intervenable factors associated with suicide risk in transgender persons: a respondent driven
sampling study in Ontario, Canada’, BMC Public Health, 15(1), 525. doi: 10.1186/s12889-015-1867-2.
Dreher, P. C. et al. (2018) ‘Complications of the neovagina in male-to-female transgender surgery: A systematic review
and meta-analysis with discussion of management’, Clinical Anatomy, 31(2), 191–199. doi: 10.1002/ca.23001.

Page | 76
Siti Amirah Akilah Abd Rahim, Hanisah Abdul Rahman & Farahwahida Mohd Yusof / UMRAN – International Journal of Islamic
and Civilizational Studies. vol. 6, no.3-2 (2020) pp. 67 - 77

van de Grift, T. C. et al. (2018) ‘Surgical Satisfaction, Quality of Life, and Their Association After Gender-Affirming
Surgery: A Follow-up Study’, Journal of Sex & Marital Therapy. Routledge, 44(2), 138–148. doi:
10.1080/0092623X.2017.1326190.
HIV Statistics | Malaysian AIDS Council (2016). daripada at: http://www.mac.org.my/v3/resources/hiv-
statistics/ (Accessed: 8 April 2018).
Hoekzema, E. et al. (2015) ‘Regional volumes and spatial volumetric distribution of gray matter in the
gender dysphoric brain’, Psychoneuroendocrinology, 55, 59–71. doi: 10.1016/j.psyneuen.2015.01.016.
Kreukels, B. P. C. and Guillamon, A. (2016) ‘Neuroimaging studies in people with gender incongruence’,
International Review of Psychiatry. Taylor & Francis, 28(1), 120–128. doi:
10.3109/09540261.2015.1113163.
Marziana, A. malib, Sofiah, D. M. and Mustafa, A. (2014) ‘Gejala Transeksual: Implikasi Yang
Membimbangkan, Bagaimana Keprihatinan Kita?’, Journal of Business and Social Development, 2(2), 48–61.
Available at: http://jbsd.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/53/2014/11/6.pdf (Accessed: 26
March 2018).
Teh Koon, Y. (2008) ‘HIV-Related Needs For Safety Among Male-To-Female Transsexuals (mak nyah) in’, Journal
of Social Aspects of HIV/AIDS, 5(4). daripada https://www.tandfonline.com /doi/pdf/10.1080/
17290376.2008.9724917? needAccess=true (Accessed: 18 April 2018).
THE NEW YORK TIMES (2017) ‘Understanding Transgender Access Laws - The New York Times’. daripada
at: https://www.nytimes.com/2017/02/24/us/transgender-bathroom-law.html (Accessed: 8 April
2018).
Utusan Malaysia (2011) ‘Lelaki Gagal Tukar Nama Kepada Perempuan Meninggal Dunia’. daripada
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0730&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkin
i&pg=bt_07.htm (Accessed: 8 April 2018).
Zavlin, D. et al. (2018) ‘Male-to-Female Sex Reassignment Surgery using the Combined Vaginoplasty Technique:
Satisfaction of Transgender Patients with Aesthetic, Functional, and Sexual Outcomes’, Aesthetic Plastic Surgery.
Springer New York LLC, 42(1), pp. 178–187. doi: 10.1007/s00266-017-1003-z.
Latifah Ariffin (2019). Pejuang LGBT Tidak Hormat Fatwa Penukaran Jantina. Berita Harian.
Ab Jalil Backer (2019). Meremehkan Pandangan Agama. Sinar Harian.

Page | 77

You might also like