Pergi ke kandungan

Anjing Malta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing Malta
Anjing Malta yang didandani dengan lapis bulu pelitup
Negara asalItali[1]
Trait
Berat 3–4 kg (7–9 lb)[1]
Tinggi Jantan 21–25 cm (8–10 in)[1]
Betina 20–23 cm (8–9 in)[1]
Bulu putih
Saiz perinduk 1–3 ekor
Anjing (Canis lupus familiaris)
Ukiran oleh William Turner Davey, 1844, daripada lukisan Landseer The Lion Dog of Malta ("anjing singa Malta")
Anjing Malta berbulu panjang yang didandani untuk pertunjukan

Anjing Malta atau maltese[a] merujuk satu keragaman purba bagi baka anjing kerdil berbulu putih dari Itali[1] dan pada umumnya berkaitan juga dengan pulau Malta, dan dengan baka anjing serupa moden dalam kumpulan mainan, yang secara genetik berkaitan dengan baka-baka bichon, anjing Bologna, dan anjing Havana.[2] Hubungan tepat, jika ada, antara baka moden dengan baka purba tidak diketahui. Nicholas Cutillo mencadangkan bahawa anjing Malta mungkin diturunkan daripada kanin jenis spits dan bahawa keragaman purba barangkali serupa dengan baka-baka Pomerania yang kemudiannya dengan muncung pendek, telinga mencucuk, dan kepala bulat.[3][4] Kedua-dua keragaman ini, menurut Stanley Coren, mungkin merupakan anjing pertama yang digunakan oleh sebagai pendamping manusia.[5]

Keragaman moden secara tradisional mempunyai lapis bulu putih metah sutera, telinga tergantung, dan ekor yang melengkung ke atas belakangnya, dan berukuran sehingga seberat 3–4 kg (7–9 lb).[1] Anjing Malta tidak bersalin bulu.[6] Anjing Malta dibela untuk pendampingan, hiasan, atau pameran kompetitif.

Anjing Malta pada zaman purba

[sunting | sunting sumber]

Keragaman lama anjing Malta kelihatannya telah menjadi haiwan peliharaan paling umum atau kegemaran, atau pastinya anjing rumah, pada zaman purba.[b][c][d] Anjing pelbagai saiz dan rupa bentuk digambarkan pada pasu dan amfora.[7] Pada sebuah amfora Athena dari kira-kira tahun 500 SM yang digali di Vulci pada abad kesembilan belas dan kini hilang, ilustrasi seekor anjing kecil dengan muncung runcing disertai oleh perkataan μελιταῖε, melitaie.[8]

Banyak rujukan kepada anjing ini terdapat dalam kesusasteraan Yunani dan Rom Purba.[9] Penulis purba secara pelbagai mengaitkan asal usulnya sama ada dengan pulau Malta di Laut Tengah yang dipanggil Melita dalam bahasa Latin, – nama yang terbit daripada kota Carthago bagi nama itu di pulau itu, Melite – atau dengan pulau Mljet di Laut Adriatik, berhampiran Corfu dan di luar pantai Dalmatia di Croatia moden yang juga dipanggil Melita dalam bahasa Latin. Ketidakpastian berterusan, tetapi kesarjanaan baru-baru ini pada umumnya menyokong pengenalan dengan Malta.[10]

Di Greece pada zaman klasik, satu keragaman jenis anjing kenit (νανούδιον/nanoúdion - "anjing kerdil")[11] dipanggil Μελιταῖον κυνίδιον (Melitaion kunídion, "anjing kecil [dari] Melita"). Dalam kekecilan luar biasanya, ia diumpamakan dengan pelbagai cara seperti marten (ἴκτις/iktis) atau tenggiling.[e] Perkataan "Melita" dalam bentuk kata sifat ini, yang dinyatakan dalam tulisan Aristoteles,[f] merujuk pulau Malta, menurut Busuttil.[11][g] Ahli falsafah sinis Diogenes dari Sinope, tokoh sezaman dengan Aristoteles, menurut testimoni Diogenes Laertius, merujuk dirinya sebagai "anjing Malta" (κύων.. Μελιταῖος/kúōn Melitaios).[13] Sebuah cerita tradisional dalam Dongeng Aesop mengkontraskan pemanjaan seekor anjing Malta oleh pemiliknya, berbanding dengan kehidupan pengabaian melelahkan yang dialami oleh keldai tuannya. Oleh sebab iri hati dengan perhatian memanjakan yang diberikan kepada anak anjing itu, keldai itu mencuba untuk bermain-main dan menjadi menarik juga, untuk memasuki rahmat tuannya dan dilayan dengan baik, hanya untuk dipukul dan ditambat ke palungannya.[11][h]

Pada sekitar 280 SM,[14] penyair Helenistik terpelajar, Kallimakhos, menurut tulisan Plinius yang Tua pada abad ke-1 Masihi, mengenal pasti Melite – tempat asal keragaman anjing purba ini – sebagai pulau di Laut Adriatik, bukannya Malta.[i] Sebaliknya, puisi Alexandra yang diikat pada Lykophron yang sama terpelajar sezaman dengan beliau, yang kini dianggap telah dikarang pada sekitar 190 SM, juga secara tidak langsung menyebut pulau Melite, tetapi mengenal pastinya sebagai Malta.[j][k][l] Strabo, yang menulis pada awal abad pertama Masihi, mengatributkan asal usulnya kepada pulau Malta.[m]

Pengganti Aristoteles, Theophrastus (371 – sekitar 287 SM), dalam lakaran jenis moral beliau, Karakter Etika, mempunyai satu bab tentang jenis orang yang mempunyai kebanggaan remeh dalam mengejar cita-cita menonjol untuk menjadi sangat cerewet dalam citarasanya (Μικροφιλοτιμία/mikrophilotimía). Salah satu ciri yang dikenal pasti dengan jenis watak ini ialah jika anjing peliharaannya mati, dia akan mendirikan papak peringatan untuk memperingati "zuriat Melita"-nya.[n] Athenaios, dalam Deipnosophistai karya besar beliau dari awal abad ke-3 Masihi (12:518–519), menyatakan bahawa orang Sybaris Sicilia, yang terkenal dengan keterlaluan cita rasa halus mereka, berciri untuk bergembira dengan kumpulan badut kerdil bermuka burung hantu dan anjing riba Melite (berbanding dengan sesama manusia), dengan anjing riba itu yang menemani mereka walaupun mereka pergi bersenam di gymnasion.[o]

Orang Rom memanggilnya catuli melitaei (tunggal: catulus melitaeus). Semasa abad pertama, pemuisi Rom Martialis menulis ayat-ayat deskriptif tentang seekor anjing riba bernama "Issa" yang dimiliki oleh sahabatnya Publius.[20][21][p] Telah ada dakwaan bahawa Issa ialah seekor anjing Malta dan bahawa pelbagai sumber mengaitkan Publius ini dengan Gabenor Rom Publius dari Malta,[22] tetapi tiada apa-apa yang diketahui tentang Publius ini, selain bahawa ia merupakan sahabat Paulus yang tidak dikenal pasti, anggota kelompok kesusasteraan Martialis.[23]

Anjing Malta pada zaman moden

[sunting | sunting sumber]

Pakar genomik anjing menyatakan bahawa walaupun terdapat sejarah kaya tentang baka purba itu, anjing Malta moden, seperti banyak baka lain, tidak dapat dikaitkan dengan pedigri dengan susur galur purba itu, tetapi, sebaliknya, muncul pada era Victoria dengan mengawal atur penyilangan keragaman anjing sedia ada untuk menghasilkan jenis yang dapat didaftarkan sebagai baka tersendiri. Anjing Malta dan baka-baka serupa seperti anjing Havana, bichon, dan anjing Bologna, sememangnya berkaitan, mungkin melalui leluhur bersama akibat kejejalan teruk apabila segelintir keragaman anjing kecil mula dipilih untuk dikawankan pada sekitar dua abad lalu.[2]

Dalam karya beliau Insulae Melitae Descriptio, sejarah pertama seumpamanya,[24] Abbé Jean Quintin, Setiausaha kepada Pemimpin Umum Kesateria Malta Philippe Villiers de L'Isle-Adam, menulis pada tahun 1536 bahawa, sementara pengarang klasik menulis tentang anjing Malta, yang mungkin pernah lahir di sana, penduduk tempatan Malta pada zaman beliau tidak lagi mengenali spesies tersebut.[q]

John Caius, doktor perubatan kepada Ratu Elizabeth I, yang menulis tentang haiwan peliharaan kamar wanita, canes delicati seperti Comforter atau Spanish Gentle, menyatakan bahawa anjing-anjing itu dikenali sebagai "Melitei" yang berasal dari Malta,[26] walaupun spesies yang diperihalkan oleh beliau sebenarnya merupakan spaniel,[27][28] mungkin daripada jenis King Charles spaniel yang baru diimport. Satu variasi bagi King Charles spaniel itu merupakan anjing mainan Blenheim yang dibiakbakakan oleh keluarga Marlborough dengan mantel putih dan perang berangan distingtif.[29] Keragaman bermantel merah dan putih bagi anjing mainan peliharaan ini, baka-baka King Charles atau Blenheim Oxfordshire, kesemuanya menjadi fesyen pada abad ke-17 sehingga awal abad ke-19.[29]

Pada tahun 1837, Edwin Landseer melukis The Lion Dog from Malta: The Last of his Tribe ("anjing singa dari Malta: Yang terakhir daripada sukunya"), sebuah potret seekor anjing bernama Quiz, seekor makhluk putih kecil bak benang sutera yang berada di sebelah anjing Newfoundland yang besar, yang ditempah oleh Ratu Victoria sebagai hadiah hari kelahiran untuk bonda baginda, Duchess Kent, yang memiliki anjing tersebut.[30][31] Menurut John Henry Walsh, sejurus selepas kanvas-kanvas Landseer, minat penggemar anjing mainan di London tertarik kepada contoh import spaniel Cina, dengan muka pendek dan hidung pesek, dan secara bersilang membiakbakakan ini dengan pug dan buldog untuk memilih anak anjing dengan "jumbai" lebih panjang atau bulu pada telinga dan anggota tubuhnya.[32] Tidak lama kemudian, pasaran London mula berurusan dengan sesuatu yang dipanggil anjing "Maltese". Anjing ini pula tidak mempunyai kaitan yang diketahui dengan pulau itu, dan salah seorang pembiak baka, T. V. H. Lukey, yang dikaitkan dengan mastif Inggeris, menyatakan bahawa strain Malta beliau sendiri diimport dari Kepulauan Manilla pada tahun 1841.[33]

Strain jenis ini telah diterima sebagai kelas tersendiri di Pertunjukan Dewan Pertanian di Islington pada tahun 1862, apabila seorang pembiak baka, R. Mandeville, menerima hadiah pertama dan terus melakukannya pada tahun-tahun berikutnya.[34] Dari tahun 1869 hingga tahun 1879, Mandeville menyapu bersih kebanyakan pertunjukan di Birmingham, di Islington, di Crystal Palace, dan di Cremorne Gardens, dan kenel-kenel beliau dianggap telah menghasilkan strain terhalus untuk pembiakbakaan anjing Malta berikutnya.[35] Dari abad ke-19 dan seterusnya, keperluan muncul untuk anjing Malta untuk mempunyai lapis bulu putih secara eksklusif.[36] Walaupun berasal usul tidak diketahui, menjelang penutup abad itu, pakar anjing William Drury menyatakan bahawa hampir semua penulis Inggeris pada zaman itu mengaitkan baka ini dengan Malta, tanpa mengemukakan sebarang bukti untuk dakwaan ini.[27]

Seekor anjing putih telah ditunjukkan sebagai "Maltese Lion Dog" ("anjing singa Malta") dalam Pertunjukan Anjing Westminster Kennel Club pertama di Bandar Raya New York pada tahun 1877.[37] Sejak masa itu, ia kadang-kadang disilangkan dengan pudel, dan sebuah buku pembaka, berdasarkan keluaran dua ekor betina, diasaskan pada tahun 1901. Menjelang tahun 1950-an, pendaftaran ini menghitung kira-kira 50 ekor anjing dalam jadual pedigrinya.[2] Anjing Malta diiktiraf sebagai baka oleh American Kennel Club pada tahun 1888.[38] Ia diterima secara muktamad oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa di bawah naungan Itali pada tahun 1955.[1]

Anjing Malta yang menunjukkan kesan bekas air mata

Lapis bulunya padat, licau, bak sutera, dan berkilat, menurun dengan berat di sepanjang tubuh tanpa keritingan atau lapis bulu bawah.[1] Warnanya ialah putih metah, namun sentuhan warna gading pucat atau tompok perang muda diizinkan.[1] Berat dewasa biasanya ialah 3–4 kg (7–9 lb).[1] Betina pula adalah kira-kira setinggi 20–23 cm (8–9 in), jantan lebih tinggi sedikit.[1] Ia berkelakuan cergas, tenang, dan penuh kasih sayang.[1]

Anjing Malta tidak bersalin bulu.[6] Seperti anjing putih lain, ia mungkin menunjukkan kesan tangisan atau bekas air mata.[39][40]

Baka ini mungkin terdedah kepada masalah kesihatan seperti isu hati dan jantung dan tempurung lutut terkehel. Ia patut diperiksa untuk keadaan seperti "duktus arteriosus paten").[r]

Baka ini juga sangat disyorkan untuk mereka dengan alahan anjing. Ini kerana baka ini dianggap hipoalergenik; oleh itu, mereka dengan alahan anjing mungkin mungkin bertolak ansur dengannya. Khususnya, sesetengah orang dengan alahan anjing mungkin boleh bertolak ansur untuk tinggal dengan anjing Malta kerana ia kurang menggugurkan bulu.[42]

Anjing Malta dibela untuk pendampingan, untuk perhiasan, atau untuk pameran kompetitif.[43] Ia berada di kedudukan ke-59 daripada 79 baka yang ditaksir untuk kecerdasan oleh Stanley Coren.[44]

Kesihatan

[sunting | sunting sumber]

Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 13.1 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[45] Sebuah kajian Itali tahun 2024 pula mendapati jangka hayat sebanyak 11 tahun untuk baka ini berbanding dengan 10 tahun secara keseluruhan.[46]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Jawi: انجيڠ ملتا; ملتيس; bahasa Inggeris: Maltese dog; maltese
  2. ^ "anjing kecil juga dibela sebagai anjing peliharaan rumah. Yang paling umum antara ini kelihatan seperti haiwan yang menyerupai anjing Malta, haiwan dengan telinga tegak kecil dan bulu panjang."(Trantalidou 2016, p. 107)
  3. ^ "anjing peliharaan kegemaran zaman purba kelihatan merupakan anjing Malta."(Gosling 1935, p. 100)
  4. ^ "Haiwan peliharaan paling umum merupakan anjing Malta putih kecil berbulu panjang yang diwakili pada pasu-pasu dan batu nisan Athena abad ke-5 SM."(White & Hornblower 2012, p. 1118)
  5. ^ Aelian dalam treatis beliau tentang haiwan (De Natura Animalium, 16:6) membuat perbandingan dengan tenggiling (Busuttil 1969, p. 205).
  6. ^ Aristoteles, Hist Anim.ix 6,612b10
  7. ^ Hujah leksikal ini – bahawa Μελιταῖος/Melitaîos ialah kata sifat betul untuk Melite/Malta, sementara kata sifat untuk Melite/Mljet mesti merupakan Μελιτήνος/Melitēnos telah dicabar oleh sarjana dari Malta, Horatio Vella, yang mengutip bentuk kata sifat Melitēíos sebagai bentuk nyata dialek bagi Melitaîos yang mentakrifkan sebuah gunung di kawasan Adriatik dekat dengan Kerkyra (Corcyra) (αἱ δ᾽ὄρεος κορυφὰς Μελιτηίου ἀμφενέμοντο: "yang lain tinggal di sekeliling puncan gunung Meliteian") daripada Argonautika (4.1150) oleh Apollonios dari Rodos.[12]
  8. ^ Ὄνος καὶ κυνίδιον 275:Ἔχων τις κύνα Μελιταῖον καὶ ὄνον διετέλει ἀεὶ τῷ κυνὶ προσπαίζων· καὶ δή, εἴ ποτε ἔξω ἐδείπνει, διεκόμιζέ τι αὐτῷ, καὶ προσιόντι καὶ σαίνοντι παρέβαλλεν. Ὁ δὲ ὄνος φθονήσας προσέδραμε καὶ σκιρτῶν ἐλάκτιζεν αὐτόν. Καὶ ὃς ἀγανακτήσας ἐκέλευσε παίοντας αὐτὸν ἀπαγαγεῖν καὶ τῇ φάτνῃ προσδῆσαι (Aesop 1980, pp. 304–305).
  9. ^ "inter quam et Illyricum Melite, unde catulos Melitaeos appellari Callimachus auctor est": "(di antara Corcyra Melaena) dengan Illyricum adalah Meleda, yang daripadanya, menurut Kallimakhos, terier Malta mendapat namanya".[15][16]
  10. ^ "Identiti pulau ini yang dipanggil Melite telah banyak dibahaskan, tetapi kedekatan terbukti dengan Tanjung Pachynos, tanjung tinggi selatan di Sicilia, sejelasnya menunjukkan Malta." (Hornblower 2015, p. 375)
  11. ^

    ἄλλοι δὲ Μελίτην νῆσον Ὀθρωνοῦ πέλας
    πλαγκτοὶ κατοικήσουσιν, ἣν πέριξ κλύδων
    ἔμπλην Παχύνου Σικανὸς προσμάσσεται,
    1030τοῦ Σισυφείου παιδὸς ὀχθηρὰν ἄκραν
    ἐπώνυμόν ποθ᾽ ὑστέρῳ χρόνῳ γράφων
    κλεινόν θ᾽ ἵδρυμα παρθένου Λογγάτιδος,
    Ἕλωρος ἔνθα ψυχρὸν ἐκβάλλει ποτόν,

    (Lykophron 1921, pp. 406–407).
  12. ^ Kekeliruan antara Malta dengan Mljet juga berlaku dalam rujukan-rujukan purba kepada tapak bangkai kapal St. Paulus yang diceritakan dalam Kisah Rasul-Rasul.
  13. ^ πρόκειται δὲ τοῦ Παχύνου Μελίτη, ὅθεν τὰ κυνίδια ἃ καλοῦσι Μελιταῖα καὶ Γαῦδος, ὀγδοήκοντα καὶ ὀκτὼ μίλια τῆς ἄκρας ἀμφότεραι διέχουσαι: "Di luar Pachynus terletak Melita, yang dari sana datang anjing kecil yang dipanggil Melitaean, dan Gaudos, kedua-dua sejauh lapan puluh lapan batu dari tanjung."[17]
  14. ^ καὶ κυναρίου δὲ Μελιταίου τελευτήσαντος αὐτῷ μνῆμα ποιῆσαι καὶ στηλίδιον ποιήσας [10] ἐπιγράψαι ΚΛΑΔΟΣ ΜΕΛΙΤΑΙΟΣ: "Atau jika anjing kecil Melitean-nya telah mata, ia akan meletakkan sekeping papak peringatan kecil, dengan inskripsi, zuriat Melita." Jebb, atau penyunting beliau pascakematian, Sandys, berhujah bahawa rujukan ini adalah kepada Melita Illyria, dan bukan Malta.[18]
  15. ^ καὶ κυνάρια Μελιταῖα, ἅπερ αὐτοῖς καὶ ἕπεσθαι εἰς τὰ γυμνάσια; οἱ Συβαρῖται ἔχαιρον τοῖς Μελιταίοις κυνιδίοις καὶ ἀνθρώποις οὐκ ἀνθρώποις: "juga anjing riba Melitê. Yang menemani mereka malah ke gymnasion..Orang-orang Sybaris, sebaliknya, gembira kerana anak anjing Melitê dan manusia yang kurang daripada manusia."[19]
  16. ^ (Gosling 1935, pp. 110–111):

    Issa's more full of sport and wanton play
    Than that pet sparrow by Catullus sung;
    Issa's more pure and cleanly in her way
    Than kisses from the amorous turtle's tongue,
    Issa more winsome is than any girl
    That ever yet entranced a lover's sight;
    Issa's more precious than the Indian pearl
    Issa's my Publius' favourite and delight.
    Her plaintive voice falls sad as one that weeps;
    Her master's cares and woes alike she shares;
    Softly reclined upon his neck she sleeps,
    And scarce to sigh or draw her breath she dares.
    Her, lest the day of fate should nothing leave,
    In pictured form my Publius has portrayed
    Where you so lifelike Issa might perceive.
    That not herself a better likeness made,
    Issa together with her portrait lay,
    Both real or both depicted you would say.

  17. ^ "Huic insulae Strabo nobiles illos, adagio, non minus quam medicinis, canes adscribit, inde Melitaeos dictos, Plinio, & nunc etiam incolis ignotos, tunc forte nascebantur."[25]
  18. ^ [Terjemahan] 'Anjing Malta dapat mengalami tempurung lutut terkehel, iaitu keadaan apabila salah satu atau kedua-dua tempurung lutut terkeluar dari tempatnya. Walaupun kehelan tempurung lutut pada umumnya tidak dianggap sebagai keadaan menyakitkan, ini mungkin menyebabkan anjing berkenaan lebih memilih salah satu tungkai dan dapat mencenderungkannya terhadap kecederaan lutut lain (seperti koyakan ligamen krusiat kranium) dan artritis. Bergantung pada keparahan tempurung lutut terkehel, pembedahan mungkin disarankan untuk mencegah kecederaan lanjut dan memperbaik kualiti hidup anjing Malta anda. Pembiak baka bertanggungjawab bagi anjing Malta akan menyaring anak anjing mereka untuk keabnormalan jantung seperti duktus arteriosus paten (patent ductus arteriosus, PDA). PDA ialah keadaan terwaris apabila duktus arteriosus, iaitu bukaan normal di antara dua pembuluh darah utama di dalam jantung yang tutup sejurus selepas kelahiran, tidak tutup. Keadaan ini menyebabkan darah mengalir dengan tidak betul dan memaksa sisi kiri jantung bekerja dengan lebih keras. Ini akhirnya membawa kepada kegagalan kebuk itu. Bergantung pada saiz bukaan, anjing mungkin menunjukkan gejala minimum hingga tanda parah bagi kegagalan jantung.' [41]
  1. ^ a b c d e f g h i j k l AISBL 2015.
  2. ^ a b c Gorman 2021.
  3. ^ Cutillo 1986, m/s. 190, 199.
  4. ^ MacKinnon & Belanger 2016, m/s. 43.
  5. ^ Coren 2006, m/s. 167.
  6. ^ a b Alderton 2010, m/s. 59.
  7. ^ Moore 2008, m/s. 16.
  8. ^ Johnson 1919, m/s. 211.
  9. ^ Busuttil 1969, m/s. 205–208.
  10. ^ Ogden 2008, m/s. 197.
  11. ^ a b c Busuttil 1969, m/s. 205.
  12. ^ Vella 1995, m/s. 12.
  13. ^ Ogden 2008, m/s. 200.
  14. ^ Jebb 1909, m/s. 67,n.36.
  15. ^ Gaius Plinius Secundus 1942, m/s. 114.
  16. ^ Kallimakhos 1985, m/s. 404.
  17. ^ Strabo 1924, m/s. 102–103.
  18. ^ Jebb 1909, m/s. 66–67, n.36.
  19. ^ Athenaios 1980, m/s. 334–335, 336–337.
  20. ^ Serpell 1996, m/s. 47.
  21. ^ Franco 2019, m/s. 100–101.
  22. ^ Blarney & Inglee 1949, m/s. 622.
  23. ^ Vioque 2017, m/s. 410.
  24. ^ Delgado 2020, m/s. 16–17.
  25. ^ Quintin 1536, m/s. 24.
  26. ^ Blunt-Lytton 1911, m/s. 25–27.
  27. ^ a b Drury 1903, m/s. 577.
  28. ^ Leighton 1910, m/s. 274.
  29. ^ a b Walsh 1882, m/s. 238.
  30. ^ Lee 1899, m/s. 345.
  31. ^ Landseer & Stephens 1874, m/s. 105.
  32. ^ Walsh 1882, m/s. 239.
  33. ^ Walsh 1882, m/s. 241.
  34. ^ Walsh 1882, m/s. 241–242.
  35. ^ Pelbagai 2010.
  36. ^ Raymond-Mallock 1907, m/s. 63.
  37. ^ Brearley 1984, m/s. 29.
  38. ^ AKC 2022.
  39. ^ Leighton 1910, m/s. 297.
  40. ^ Fielheller.
  41. ^ Kho-Pelfrey 2022.
  42. ^ Johnstone 2023.
  43. ^ MSAKC 2022.
  44. ^ Coren 2006, m/s. 124.
  45. ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan). PMID 38302530 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 267382263 Check |s2cid= value (bantuan).
  46. ^ Roccaro, Mariana; Salini, Romolo; Pietra, Marco; Sgorbini, Micaela; Gori, Eleonora; Dondi, Maurizio; Crisi, Paolo E.; Conte, Annamaria; Dalla Villa, Paolo; Podaliri, Michele; Ciaramella, Paolo; Di Palma, Cristina; Passantino, Annamaria; Porciello, Francesco; Gianella, Paola; Guglielmini, Carlo; Alborali, Giovanni L.; Rota Nodari, Sara; Sabatelli, Sonia; Peli, Angelo (17 Februari 2024). "Factors related to longevity and mortality of dogs in Italy" [Faktor-faktor yang berkaitan dengan kelanjutan usia dan mortaliti anjing di Itali]. Preventive Veterinary Medicine (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 225: 106155. doi:10.1016/j.prevetmed.2024.106155. hdl:11585/961937. ISSN 1873-1716. PMID 38394961 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 267743971 Check |s2cid= value (bantuan).