Pergi ke kandungan

Anjing penuding berbulu pendek Jerman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing penuding berbulu pendek Jerman
Anjing yang menuding
Negara asalJerman
Trait
Tinggi Jantan 62–66 cm (24–26 in)
Betina 58–63 cm (23–25 in)
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing penuding berbulu pendek Jerman[a] ialah satu baka anjing penuding bersaiz sederhana Jerman. Ia berasal pada abad ke-19 di kawasan yang kini di Jerman.[1]:13 Ia merupakan gundog serba guna yang sesuai untuk pemburuan dan pengutipan di darat dan di dalam air. Ia mungkin juga dibela sebagai anjing teman.

Hector IV, seekor anjing penuding berbulu pendek Jerman, ilustrasi dari 1884

Baka anjing penuding Eropah kesemuanya diterbitkan daripada anjing penuding lama Sepanyol yang kini pupus, yang tersebar melalui Perancis dan Negeri-Negeri Pamah dan mencapai wangsa-wangsa putera di dunia berbahasa Jerman.[2]:2[3] Di sana pada mulanya, ia digunakan dalam pemburuan burung dengan jaring atau falkon dan kemudian oleh para pemburu bersenjata.[3] Anjing burung juga dibawa dari England; Carl von Heppe [de], dalam karya tahun 1751 beliau Aufrichtiger Lehrprinz, menerangkan ini sebagai anjing yang lebih tinggi dan lebih kuat daripada jenis tempatan.[4]:523[5]:17 Pada abad kesembilan belas, bilangan besar anjing jenis anjing penuding Burgos dibawa ke Jerman.[2]:5 Pad bahagian awal abad itu, populasi kacuk yang terhasil tidak mempunyai nama spesifik – anjing tersebut dipanggil Hühnerhunde ("anjing burung") atau Jagdhunde ("anjing pemburu").[4]:523

Pada tahun 1878, pada pertunjukan anjing tahunan Verein zur Veredelung der Hunderassen di Frankfurt am Main, ada persetujuan bahawa piawaian baka untuk anjing Jerman bakal diasaskan pada pertunjukan yang bakal diadakan di Hanover pada tahun 1879; piawaian untuk kedua-dua anjing penuding berbulu pendek Jerman dan anjing penuding berbulu panjang Jerman diperkenalkan pada tahun itu.[4]:606 Buku pembaka pertama untuk anjing penuding berbulu pendek Jerman diterbitkan pada tahun 1897.[6]:84[3]

Anjing penuding berbulu pendek Jerman diterima secara muktamad oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1954.[7] Pada tahun 2013, ia berada di tempat kedua puluh dua dalam senarai baka anjing paling berdaftar di seluruh dunia.[8] Dalam tempoh lima belas tahun dari tahun 2007 hingga tahun 2021, bilangan pendaftaran baharu tahunan di Jerman berpurata sekitar 1,300 ekor anjing, dengan angka terendah 1,102 ekor anjing dan angka tertinggi 1,842 ekor anjing.[9]

Ia diiktiraf oleh American Kennel Club pada tahun 1930;[10] seekor anjing berusia tiga tahun daripada baka ini dikelaskan "best in show" dalam Pertunjukan Anjing Westminster Kennel Club pada tahun 2016.[11]

Hati kemerah-merahan (kanan) dengan tompok-tompok hati; dan berbintik dengan tompok-tompok hati (kiri)
Hati padu

Anjing penuding berbulu pendek Jerman bersaiz sederhana: jantan berdiri setinggi sekitar 62–66 cm (24–26 in) pada paras kelasa, manakala dan betina pula lebih rendah sebanyak sekitar 3 atau 4 cm.[12][13] Lapis bulunya padat, pendek, dan bertekstur kasar. Warnanya mungkin sama ada perang atau hitam, dalam mana-mana daripada tiga corak: berwarna padu, sama ada dengan bintik-bintik kecil putih pada dada dan tungkai atau tanpa bintik-bintik tersebut; putih, dengan kepala berwarna dan bintik-bintik atau tompok-tompok berwarna pada tubuh; dan kemerah-merahan, sama ada gelap – yang mempunyai bulu berwarna yang mengatasi putih – atau cerah, yang mempunyai lebih bulu putih berbanding dengan bulu berwarna.[6]:84[12][13]

Kepalanya bersaiz serdehana, dengan profil cembung dan muncung panjang, lebar, dan kuat yang sesuai untuk membawa buruan; matanya perang dan telinganya membuat dan terletak tinggi-tinggi dan tergantung rapat dengan kepala.[12][13] Di tempat tanpa larangan untuknya, ekor anjing pekerja mungkin dipotong sehingga separuh panjangnya; ekornya terbawa kira-kira secara mendatar apabila anjing bergerak dan tergantung ke bawah apabila berehat.[12][13]

Ia merupakan anjing teguh dan sihat. Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati kelanjutan usia median sebanyak 13.4 tahun untuk baka ini, yang lebih sedikit daripada purata 12.5 tahun untuk semua anjing.[14] Baka ini mempunyai sesetengah predisposisi genetik terhadap penyakit saraf termasuk kecederaan otot koksiks, gangliosidosis GM2, hemivertebra, meningoensefalomielitis piogranulomatus, dan neuropati deria.[15]:4 Kecelaruan lain yang berkaitan dengan baka ini termasuk katarak, pecahan ligamen krusiat kranium, eversi rawan membran kelip, dermatosis lupoid keturunan, atrofi retina progresif, karsinoma hidung, neoplasia orofarinks, penyakit von Willebrand, dan pembalikan jantina XX.[16]:116–118[17]

Anjing penuding berbulu pendek Jerman dibiakbakakan untuk menjadi gundog serba guna. Ia mampu bekerja dalam semua cuaca, di semua rupa bumi, dan dalam semua jenis semak; mencari dan menuding buruan, sama ada berpelepah atau berbulu; mengutip dengan lembut di dalam air dan di darat; mengikuti jejak darah untuk mencari buruan tercedera; dan bertahan menentang pemburu haram dan pemangsa.[1]:13, 83 Pendaftaran tertakluk kepada kejayaan penyelesaian ujian kerja.[12][13]

Selain perburuan dan ujian padang, anjing penuding berbulu pendek Jerman berprestasi baik dalam banyak sukan anjing seperti ketangkasan, selaman limbungan, dan kepatuhan.[18] Anjing penuding berbulu pendek Jerman juga digunakan dalam penguatkuasaan undang-undang untuk kerja hidung, seperti pengesanan bahan terlarang.[19]

  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤنوديڠ بربولو ڤينديق جرمن; Jerman: deutscher kurzhaariger Vorstehhund; Deutsch Kurzhaar; bahasa Inggeris: German shorthaired pointing dog; German short-haired pointing dog; German shorthaired pointer; German short-haired pointer
  1. ^ a b Maxwell, C. Bede (1982). The New German Shorthaired Pointer [Anjing Penuding Berbulu Pendek Jerman Baharu] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-4). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. ISBN 9780876051573. OCLC 8345365.
  2. ^ a b Parra, D.; Méndez, S.; Cañón, J.; Dunner, S. (30 Januari 2008). "Genetic differentiation in pointing dog breeds inferred from microsatellites and mitochondrial DNA sequence" [Pembezaan genetik pada baka anjing penuding yang diinferenskan daripada mikrosatelit dan jujukan DNA mitokondrion]. Animal Genetics (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 39 (1): 1–7. doi:10.1111/j.1365-2052.2007.01658.x. ISSN 1365-2052. PMID 18254732. S2CID 16719543.
  3. ^ a b c Deutsch Kurzhaar (dalam bahasa Jerman). Dortmund, Jerman: Verband für das Deutsche Hundewesen. Diarkibkan pada 8 Disember 2023.
  4. ^ a b c Räber, Hans (1995). Enzyklopädie der Rassehunde: Ursprung, Geschichte, Zuchtziele, Eignung und Verwendung [Ensiklopedia Anjing Baka Tulen: Asal Usul, Sejarah, Matlamat Pembiakbakaan, Kesesuaian, dan Kegunaan] (dalam bahasa Jerman). Stuttgart, Jerman: Franckh-Kosmos. ISBN 9783440067529. OCLC 643163864.
  5. ^ von Heppe, Carl (1751). Herrn Carl von Heppe, Erb- Lehn- und Gerichtsherrn auf Thalborn, auch Erbherrn zu Reyhershausen [et]c. Sr. Churfürstl. Durchl. in Bayern wirkl. Truchses, aufrichtiger Lehrprinz oder Praktische Abhandlung von dem Leithund, als dem Fundament der edlen Jägerey (dalam bahasa Jerman). Augsburg, Jerman: Lotter. OCLC 311573871.
  6. ^ a b Lehari, Gabriele (2013). 400 Hunderassen von A - Z [400 Baka Anjing daripada A–Z] (dalam bahasa Jerman) (ed. ke-3). Stuttgart, Jerman: Verlag Eugen Ulmer. ISBN 9783800178827.
  7. ^ "FCI breeds nomenclature: DEUTSCH KURZHAAR (119)" [Tatanama baka FCI: ANJING PENUDING BERBULU PENDEK JERMAN (119)] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 13 Julai 2024.
  8. ^ [Svenska Kennelklubben] (2013). Registration figures worldwide – from top thirty to endangered breeds (dalam bahasa Inggeris). FCI Newsletter 15. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Diarkibkan pada 16 Disember 2022.
  9. ^ Welpenstatistik (dalam bahasa Jerman). Dortmund, Jerman: Verband für das Deutsche Hundewesen. Diarkibkan pada 21 Februari 2024.
  10. ^ "German Shorthaired Pointer" [Anjing Penuding Berbulu Pendek Jerman] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Ogos 2024.
  11. ^ "WKC 2016 Best in Show" [Best in Show WKC 2016] (dalam bahasa Inggeris). Westminster Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 November 2016.
  12. ^ a b c d e "FCI - Standard Nr. 119 DEUTSCH KURZHAAR" [Piawaian FCI No. 119 Anjing Penuding Berbulu Pendek Jerman] (pdf) (dalam bahasa Jerman). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 29 November 2000. Dicapai pada 13 Julai 2024.
  13. ^ a b c d e "FCI-Standard N° 119 DEUTSCH KURZHAAR (German Shorthaired Pointing Dog)" [Piawaian FCI No. 119 Anjing Penuding Berbulu Pendek Jerman] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Schicker, Walter. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 25 April 2001. Dicapai pada 13 Julai 2024.
  14. ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan). PMID 38302530 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 267382263 Check |s2cid= value (bantuan).
  15. ^ Dewey, Curtis W.; da Costa, Ronaldo C., penyunting (8 September 2015). Practical Guide to Canine and Feline Neurology [Panduan Amali untuk Neurologi Anjing dan Kucing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-3). New York, New York, Amerika Syarikat: Wiley. ISBN 9781119062042. OCLC 932058378.
  16. ^ Gough, Alex; Thomas, Alison (15 April 2010). Breed Predispositions to Disease in Dogs & Cats [Predisposisi Baka terhadap Penyakit pada Anjing dan Kucing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1). Oxford, United Kingdom: Wiley-Blackwell. ISBN 9781405107488. OCLC 53231203.
  17. ^ Wang, Ping; Zangerl, Barbara; Werner, Petra; Mauldin, Elizabeth A.; Casal, Margret L. (4 Disember 2010). "Familial cutaneous lupus erythematosus (CLE) in the German shorthaired pointer maps to CFA18, a canine orthologue to human CLE" [Lupus eritematosus kutis (CLE) kekeluargaan pada anjing penuding berbulu pendek Jerman berpeta ke arah CFA18, ortolog anjing kepada CLE manusia]. Immunogenetics (dalam bahasa Inggeris). Springer Science+Business Media. 63 (4): 197–207. doi:10.1007/s00251-010-0499-z. ISSN 1432-1211. PMC 3230530. PMID 21132284. S2CID 25722164.
  18. ^ "German Shorthaired Pointer History & Training/Temperament" [Sejarah dan Pelatihan/Perangai Anjing Penuding Berbulu Pendek Jerman] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Disember 2016. Dicapai pada 11 September 2024.
  19. ^ Sole, Sarah (4 Februari 2019). "New K-9 Amigo has nose for law enforcement" [Sahabat K-9 Baharu ada hidung untuk penguatkuasaan undang-undang]. ThisWeekNews.com (dalam bahasa Inggeris). GateHouse Media, LLC. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Mac 2019. Dicapai pada 11 September 2024.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Rollston, Christopher A. "A Brief History of the German Shorthair (Deutsch Kurzhaar)" (dalam bahasa Inggeris). Shorthair Journal Jilid 7 Keluaran 6 (2006):8–10.