Poh Ah Tiam
YB Datuk Wira Poh Ah Tiam DCSM, DMSM (Melaka) | |
---|---|
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka | |
Dalam jawatan 1999–2007 | |
Anggota Dewan Undangan Negeri Melaka untuk Machap | |
Dalam jawatan 2004–2007 | |
Didahului oleh | Ng Kim Fong |
Digantikan oleh | Lai Meng Chong |
Anggota Dewan Undangan Negeri Melaka untuk Bukit Sedanan | |
Dalam jawatan 1995–2004 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Digantikan oleh | Konstituensi dibubarkan |
Anggota Dewan Undangan Negeri Melaka untuk Pulau Sebang | |
Dalam jawatan 1986–1995 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Digantikan oleh | Mohd Shariff Mohd Drus |
Butiran peribadi | |
Lahir | 1 April 1952 Pantai Belimbing, Durian Tunggal, Melaka |
Meninggal dunia | 15 Mac 2007 Hospital Pantai, Ayer Keroh, Melaka | (umur 54)
Parti politik | MCA |
Pasangan | Datin Wira Tan Moi King |
Anak-anak |
|
Pekerjaan | Ahli politik, guru |
Datuk Wira Poh Ah Tiam (1 April 1952 - 15 Mac 2007) merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap merangkap Pengerusi Perhubungan MCA negeri Melaka[1] .
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Ah Tiam dilahirkan di Pantai Belimbing, Durian Tunggal di sini pada 1 April 1952. Mendiang pernah menjadi seorang guru pada tahun 1974 hingga 1982.
Beliau menetap di Jalan Bachang Baru, Ayer Keroh, Melaka. Beliau berkahwin dengan Datin Wira Tan Moi King serta tiga orang anak iaitu Poh Sin Ee, Poh Sin Huei dan Poh Sin Yoong.
Kerjaya politik
[sunting | sunting sumber]Karier politiknya bermula sebagai Pengerusi MCA cawangan Air Pasir dari tahun 1987 hingga 1997.
Antara jawatan yang pernah disandang dalam parti MCA ialah sebagai Timbalan Pengerusi bahagian, Setiausaha Kehormat MCA negeri, Timbalan Ketua Pemuda MCA Pusat dan dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan MCA negeri sejak tahun 2002.
Mendiang dilantik sebagai Exco kerajaan negeri sejak 1999.
Dalam pilihan raya umum 2004, Ah Tiam yang bertanding di DUN Machap menewaskan calon DAP, Liou Chen Kuang dengan majoriti 4,562 undi.
Kematian
[sunting | sunting sumber]Datuk Wira Poh Ah Tiam meninggal dunia di Hospital Pantai, Ayer Keroh pada pukul 6 petang akibat kegagalan buah pinggangnya berfungsi.
Notakaki
[sunting | sunting sumber]- ^ "ADUN Machap meninggal dunia". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-30. Dicapai pada 2007-03-16.